-->
Searching...
Saturday, November 24, 2007
11:26 PM

Space Junkyard




There's nothing more dangerous than a resourceful idiot - Scott Adam


Perbincangan akhir beli Soyuz minggu depan



KUALA LUMPUR 23 Nov. – Perbincangan akhir untuk membeli kapsul Soyuz TMA-11 yang membawa angkasawan pertama negara, Dr. Sheikh Muszaphar Shukor Sheikh Mustapha ke Stesen Angkasa Antarabangsa (ISS) 10 Oktober lalu dijadual dilakukan minggu depan.
Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi, Datuk Seri Dr. Jamaluddin Jarjis berkata, perbincangan dengan kerajaan Rusia berhubung pembelian kapsul itu berada di peringkat akhir termasuk harganya.


‘‘Pembeliannya kelak akan dikongsi kerajaan bersama sektor swasta. Kita mahu ia menjadi satu perkara yang menguntungkan negara dari segi ilmu.


‘‘Kerjasama dengan mereka (swasta) dilihat satu usaha menarik dalam memastikan anak- anak muda terdedah dengan teknologi angkasa lepas,” katanya di sini hari ini.
Beliau berkata demikian pada sidang media selepas mengumumkan pameran dan persidangan inovasi kebangsaan (NICE) 2007 yang akan diadakan di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) dari Isnin hingga Jumaat ini.


Pameran seminggu itu bertujuan mewujudkan kesedaran mengenai kepentingan inovasi serta merangsang setiap peringkat masyarakat dalam bidang ilmu berkaitan sains dan teknologi.
Beliau menambah, kapsul Soyuz yang bakal dibeli itu akan diletakkan di Pusat Sains Negara, Bukit Kiara di sini.


‘‘Kita beri peluang pelajar sekolah melihatnya dari dekat. Mereka sekali gus akan menimba pengalaman berharga tentang dunia angkasa.


‘‘Mereka (pelajar) tidak perlu risau tentang tiket yang mahal. Sektor swasta akan diminta untuk membeli dan menyumbang tiket ini sebagai kupon untuk pelajar sekolah,” jelasnya.
Sheikh Muszaphar berlepas ke ISS yang terletak kira-kira 333 kilometer dari muka Bumi bersama Komander Peggy Whitson dari Amerika Syarikat dan jurutera penerbangan Yuri Malenchenko dari Rusia.


Selepas 11 hari berada di ISS, Sheikh Muszaphar kembali ke Bumi pada 21 Oktober lalu.
Kapsul Soyuz seberat 2,900 kilogram mempunyai kawasan tempat duduk seluas empat meter padu, lebar 2.2 meter dan ketinggian 2.1 meter.
Ketika ditanya tentang perkembangan terkini pasangan hidup angkasawan negara itu, Jamaluddin hanya berkata, ada.


‘‘Dia gadis tempatan. Mereka akan bertunang tahun hadapan,” katanya.


My first reaction reading the news....what the heck? Didn't we jus throw out almost RM 100 million to send the fisrt Malaysian to space. Do we need to throw another few million to buy some space junk and put it in a museum? To promote awareness amongst kids!!...Tsk..tsk..the reason given has hole that you can drive a Boeing 737 through it.


Can't we just make a model of the SOYUZ TMA-11 scrap. I'm sure it will be much cheaper in short and long term. Keeping the metal scrap in good condition will need a lot of money, You can't just polish it with wax and hope it doesn't fall apart in 10 years time. Why do we need to purchase it. I didn't say a thing about our first space expedition hopping something good really does materialise from the so called 'space experiment' (although most of the experiment is like the NASA space experiments in the 70's). But like Bill Gates always said you don't need to be a pioneer at everything. Just follow the lead, who knows one day we can surpase it.


But buying a space junk?? Instead of buying the metal scrap by bulk from the Russian, there are a lot of other things the goverment can do with the money, fund researches right here in the country for example..cancer, denggue, new biotechnology or upgrade the facilities to help the disabled. But instead we want to purchase space junk..in the name of science...Gesshhh the Russian must be laughing to the bank right now.


Just when you think the goverment has learned their lesson when their realise the state of the art figther jet they purchase from the US 20 years ago was actually junk yard material. Did we choose idiots to represent our nations?? ..and since when did the Science and Technology Minister has to make announcement on people engagement???


Any man can make mistakes, but only an idiot persists in his error - Marcus Tullius Cicero

0 comments:

 
Back to top!