-->
Searching...
Monday, April 23, 2007

Review..hotel

Sejak letak lagu ‘Gantung’ blog ni pun dah macam tergantung. Almaklumler..eden ni semakin sibuk..buat keje 2 tiga jenis dalam satu masa..atau bak kata orang putih ‘multitasking’

Seperti yg dipos kat bawah yang ader gambar kertas kajang berjela-jela dengan tulisan entah hapa-hapa tu sebenarnya benda yang menyebabkan aku menghilangkan diri selama lima hari. Tak sempat langsung nak menulis cerita lain, asyik fikir idea..idea..idea. Walaupun laptop dan broadband tersedia (yang seronoknya broadband kat hotel ni free of charge) Mula-mula ingat kena bayar RM20 sehari tapi bila cuba tak der pulak ‘login page’ atau perjanjian yang kena setuju. Sah tak payah bayar sesen pun. ader.

Kat sini keje aku satu jer..fikir, cari idea..makan, fikir balik, cari idea lain dan makan lagi (nasib baik berat badan aku tak bertambah) sampai ler otak masuk tahap beku dan aku rasa seram sejuk dan dapat demam dan selsema…dan secara tiba-tiba aku jadi peminat no. 1 sayur brokoli dan bunga kobis..Yer la asyik sayur tu jer yang aku pilih waktu makan, yang lain macam layu tak bermaya jer tengok. Sayur kailan sepokok-sepokok,..kalau nenek aku ader mesti dier cakap macam nak bagi gajah telan. Tapi itu ‘style’ chef dia masak, dah dia belajar cam tu.

Hari ni aku rasa nak buat review sikit pasal Hotel City Bayview nie. Sebab 5 hari aku bertapa kat situ dan dapat internet access free..eheheh. Yer la hari tu pergi ke Grand Blue Wave kat Shah Alam. Ya ampun, bayarannya mahal teramat, RM 1.62 seminit. Agaknyer lagi banyak bintang lagi mahal la kot. Sebab mengikut perkiraan ahli falak..Grand Blue Wave Shah Alam tu 5 bintang manakala City Bayview Pulau Pinang ni tarafnyer 4 bintang sahaja. Macam minum Coca-cola jugak, yang dalam peti sejuk kedai runcit harganya RM1.50 sahaja yang dalam peti sejuk bilik hotel harganya dekat-dekat RM10.


Pasal aper hotel nie best..hehehe. Walaupun 4 bintang tapi layanannya mengalahkan hotel lima bintang. OK la bagi yang tak tahu City Bayview Hotel ni terletak di bandaranya Georgetown itu tapi tak tengah sangat jadi tak la rasa pening, sesak nafas tengok jalan dan kereta jer. Dia terletak kat tepi-tepi Georgetown yang boleh nampak laut. Jadi lokasinya agak strategik sebab tak banyak hotel yang duduk pinggir-pinggir Georgetown yang banyak bintang cam dier ni. Sebab kebanyakkan hotel yang banyak bintang terletak kat Batu Feringghi…(paling class sudah tentu ler Rasa Sayang Resort and Spa, bilik paling murah pun harganya RM1300 semalam ..hehehe tapi memang teramat mewah, suasana dier yang paling mahal..ekskusif).

Berbalik ker City Bayview, bersesuaian dengan namanya..’view’ dari bilik hotel pun cantik, dari bilik aku di tingkat 11 tu aku boleh nampak laut, jambatan Pulau Pinang, kapal-kapal kargo dari Port Sweetenham dan juga sebahagian dari bandaraya Georgetown. Aper kena mengena kapal kargo dalam karangan nie..hehehe. Sebenarnya pada waktu malam boleh nampak lampu-lampu dari kapal kargo yang belayar ni, termasuk ler kapal persiaran mewah yang teramat banyak lampunya..terasa cam duduk dekat dengan pelabuhan Greece pulak.

Staf kat sini sumer peramah-peramah. Sentiasa sedia membantu, sebab lama menetap diorang pun sampai dah kenal. Bercerita pasal makan satu lagi bonus..banyak pilihan dan bercita rasa Malaysia. Bukan aper kadang-kadang pergi makan tengahari kat hotel berbintang-bintang ni walaupun buffet dan banyak pilihan tapi pilihannya terlebih orang putih. Kat sini ada restoran makanan Jepun di tingkat dua..saper nak tukar selera boleh ler cuba.

Pagi-pagi ada pilihan nasi lemak, nasi goreng, mee, koay teow, bihun goreng, roti canai, jarang ada roti canai kat hotel (yang pasti chef yang buat roti canai tu memang kemas dan hensem..hehehe, tak macam mamak restoran Pelita atau Tajudeen Nasi Kandar). Roti, telur, cornflakes, baked beans tu dah pasti.

Waktu malam kalau rasa nak ‘supper’ ada ‘hawker stall’ betul-betul kat depan pintu utama hotel. Yang menarik ‘hawker stall’ ni kepunyaan hotel ni jugak. Harga yang ditawarkan pun memang berpatutan., memang harga kedai mamak jer..jadi saper-saper pun boleh akan kat situ. Tak wujud secawan teh tarik RM6. Pilihan makanan pun banyak.

Kalau rasa duit banyak boleh makan kat restoran berputar di tingkat paling atas hotel ni. Ingat kat KL Tower jer ader restoran berputar..sini pun ader gak cuma tak berapa tinggi.

Pendek kater saper yang menetap di sini dijamin tak akan kebuluran..hehehe

0 comments:

 
Back to top!