-->
Searching...
Wednesday, May 09, 2007
12:19 AM

Selalu di Sini

Manusia tidak bersungut kerana yang bersungut itu hanya serangga - Pujangga

Dah masuk bulan Mei pun, bulan banyak hari-hari istimewa, ada Hari Pekerja pada 1 Mei (kakitangan kerajaan boleh tersenyum gembira sebab khabarnya gaji diorang akan dinaikkan..harap-harap tahap kualiti pekerja pun naik la jugak, jgn asyik mesyuarat dan seminar jerk memanjang). Lepas tu ader Hari Ibu, bila dah besar panjang ni baru perasan banyak rupanya pengorbanan seorang ibu, dulu kecik-kecik tau nak ikut kepala sendiri jer cakap mak asyik nak bantah jer..tapi sekarang ni bila tengok adik-adik buat perangai aku pulak yang jadi ala ibu-ibu marah diorang…risaukan perangai diorang, pengaruh kawan-kawan la, risaukan exam dan entah macam-macam lagi (adakah itu tanda-tandanya aku ni makin tua dan makin ketinggalan zaman…hehehe).

Hari Guru pun bulan Mei jugak..dah lama tak jenguk warga-warga pendidik yang susah payah mengajar aku dan rakan-rakan yang kadang-kadang jenis tak makan diajar. Kerja sekolah jarang bebenor hantar..bila cikgu dah ngamuk baru terhegeh-hegeh nak bagi buku yang sememangnya masih kekal cantik macam buku baru walau dah nak masuk hujung tahun. Nampak sangat jarang bukak. Tambah-tambah matematik tambahan (yang sememangnya subjek ‘kegemaran’ aku) Nasib baik periksa lulus. (Adik-adik sekalian.. jangan ler diikut perangai akak ni, kalau cikgu bagi ‘homework’ buat betul-betul, lulus tu pun nasib jer sebab soalan dier tak sesusah yang disangka). Hah.. ini tips.. kalau dah ‘last minute’ sangat belajar tu..belajar soalan-solan yang amat ler payah, lagi panjang lagi bagus sebab biler keluar soalan senang korang boleh tersengih sambil menjawab..hahaha) Sebab utamanya adalah dalam soalan-soalan yang susah tu terselit cara-cara menjawab soalan-soalan senang tadi. (Tips soalan bocor tak dikira.. persiapan menjawap tips soalan bocor ni lain sikit.. ahakss)

Ohh lupa lak ..Hari Wesak tahun ni pun bulan Mei juga, sebab tu adik-adik aku dapat cuti ekstra (tapi eden kena keje…ishh). Pas tu ada hari aper lagi erkk.. ermm Hari Lahir rakan-rakan, ramai rupanya kawan-kawan aku yang lahir di bulan Mei ni. Mana yang sempat dapat ler ucapan, buat yang tak sempat sebab terlupa.. hanya satu kata Maaf!

Tengah fikir-fikir nak tukar lagu apa pulak kat sini.. Lepas dipertimbangkan pilih lagu dari Tofu- Tetap Di Sini..yok kita berdansa ala dangdut..

Kita jangan selalu mengharap kerana mengharap tidak pasti tertunai tetapi kita boleh bersabar kerana kesabaran itu mengajar kita erti kehidupan - mutiara kata

0 comments:

 
Back to top!