Seorang juara tidak menangguhkan kerjanya - kata Pujangga
Itu kata pujangga..dan apabila aku renung kembali nampak sangat aku ni tidak ada ciri-ciri seorang juara. Kerja aku tertangguh sampai aku sendiri sakit kepala. Tapi tak pernah-pernah nak serik. Makin banyak dikumpul ada la. Dulu ada orang pernah beritahu aku..kerja yang tertangguh tak pernah akan siap. Walaupun kita siapkan tapi itu bukan hasil kerja terbaik kita. Aku angguk jer tanda setuju. Hari ni hampir 2 biji ubat aku telan sebab tak mampu menahan sakit kepala yang menjadi-jadi. Sampai tengah malam aku berlawan antara akal dan emosi. Akal aku nak siapkan kerja walaupun sakit, ikutkan hati aku nak masuk tidur saja dan tak mahu terjaga sehingga azan Subuh bergema.
Komputer aku pulak meragam, pilihan masa yang tak kena. Masa aku sibuk gunakan dia main 'game' elok jer. Bila aku perlukan dia untuk benda yang berfaedah dia nak mogok pulak. Nasib baik rakan serumah aku baik, temankan aku sampai ke pagi, sambil main 'game' yang dah hampir setahun aku tengok dia main tak sampai-sampai ke tahap terakhir pun lagi. Manang jauh sekali. Asyik kena ulang jer. Tapi dia tak pernah jemu mengulang bermain 'game' yang serupa berkali-kali. Orang berzodiak Virgo memang macam tu agaknya. Tak cepat jemu macam aku.
Sampai satu tahap otak aku memang dah tak mampu nak terus berfikir dengan baik. Ayat-ayat yang dikarang semuanya jadi tunggang terbalik. Dek tak tahan aku menjengah tempat tidur. Masa ni ler aku terasa nak balik rumah bermanja dengan mama, meminta apa sahaja dengan papa. Kalau sakit pintalah apa sahaja, jika tiada aral pasti menjelma depan mata. Hmmm rindu....Tiba-tiba aku teringat kata-kata seseorang 'bintang dilangit mengutus pesanan, kalau rindu renunglah aku, kerana walau jauh kita masih melihat bintang yang sama'...Aku nak tengok bintang tapi yang aku nampak warna lampu neon Angkasapuri...bicara sang bintang tak sampai hari ni :-(.
Untuk mendapat sesuatu yang besar, kita patut banyak berkorban perkara-perkara yang kecil -mutiara kata
Wednesday, April 05, 2006
0 comments:
Post a Comment