Hari Guru dah lama berlalu tapi hari ni aku nak bercerita tentang cikgu. Sejujurnya blog ni dah lama tak di'update' kerana aku lebih sibuk mengecat dan menjaga laman..daripada termenung menghitung bintang baik aku buat sesuatu yang berfaedah...yer tak?. Tetiba hari nie aku terima panggilan daripada sahabat lama. Sejak tamat sekolah..ini lar pertama kali aku dengar suara dia semula
Bercerita tentang hal-hal lama memang aku suka, 'update' tentang kehidupan kawan-kawan. Ada yang asyik terbang di awangan..jadi pramugara ler katakan, ada yang masih ditakuk lama...harap-harap yang dia ni boleh ler masuk akademi fantasia..sebab dah lama sangat dia menggoreng gitar dia tu ..tapi tak kemana.
Tapi satu yang aku tiba-tiba teringat balik setelah selesai bersembang..kisah cikgu kek oren. Sebab apa gelaran dia macam tu..nanti aku cerita. Tapi yang perlu diketahui..masa sekolah dulu kelas aku ni tergolong kelas golongan nakal...ada jer hal yang hendak dibuat. Cikgu kek oren ni adalah seorang cikgu ganti jer sebenarnya..semasa cikgu asal Matematik tambahan cuti bersalin..kami memang suka sebab cikgu asal ni memang garang giler. Pantang sungguh orang gelak masa dia mengajar..asal masuk jer masam. Tapi masam-masam dia pun..tak pulak kami takut..kerja sekolah yang dia bagi memang tak pernah hantar pun..dan dia pun tak pernah mintak...kalau dia mintak pun tak der orang nak bagi.
Cikgu gantian ni lelaki..budak engineering, baru balik dari UK kalau tak salah..sebab tak dapat kerja lagi dia jadi cikgu gantian. Nama sebenar dia aku sendiri pun dah lupa. Biasa lar orang baru mesti semangat nak mengajar..tapi aku pasti cikgu ni menyesal mengajar kami, memang tak dengar kata sungguh. Ada sekali tu dia pinjamkan buku nota dia kat aku sebab ada cara penyelesaian untuk satu soalan. Dapat kat aku dengan kawan aku...daripada belek jawapan kami selongkar semua....tiba-tiba ternampak resepi kek oren. Kami pakat gelak sebab ada yang tukang tambah cerita kononnya kek oren tu mesti dia buat untuk pikat 'girlfriend' dier. Daripada salin jawapan..kami salin resepi..tapi sampai hari ni tak pernah buat pun..resepi tu pun entah ke mana...
Sejak hari tu nama cikgu tu dah bertukar jadi cikgu kek oren..hasil kepantasan aku dan rakan-rakan menyebar berita..aku tak tahu sama ada cikgu tu tahu gelaran baru dia tu..sebab dia tak lama, tak sampai tiga bulan dia dah blah..
Kawan aku kata pernah terserempak dengan dia..dan dia ingat lagi. Mintak maaf banyak-benyak ler cikgu sebab kami curi resepi tu..hehehe
Wednesday, September 13, 2006
0 comments:
Post a Comment