-->
Searching...
Wednesday, September 27, 2006
11:46 AM

Iklan

Advertising may be described as the science of arresting the human intelligence long enough to get money from it." - Stephen Butler Leacock

Iklan-iklan yang menarik perhatian sepanjang Ramadan....ni bukan nak tolong 'promote' ekk sekadar hiburan mengisi masa lapang. Ader yang sedang ditayangkan tak kurang jugak yang jadi nostalgia semasa berbuka...nombor tu bukan 'ranking'..

1. Iklan paling 'famous' bulan Ramadan tahun ni...entah kenapa iklan ni menjadi perhatian bukan satakat dalam famili aku jer...kawan-kawan aku pun sama.. Tak lain tak bukan..iklan Kurma Yusof Tayuuuuuub...sebut betul-betul yer kawan-kawan..hehehe. Mahal giler kurma yang dia bungkus ni..nak beli yang murah, beli jer kat depan kedai Yusof Tayub ni kat Lebuh Farquhar.(untuk orang yang tinggal di Pulau Pinang jer lar).


*Gambar ehsan daripada Budi...sempat lagi dier 'snap'


2. Tahun ni aku tak dengar lagi iklan syarikat ni di radio..mungkin orang dah komplain..bunyi iklan dier lebih kurang macam ni...terperangkap dalam kesesakan...berbukalah dengan '_________' chewing gum.. (nama syarikat terpaksa ditutup demi keselamatan..hehehe)Tak ker bodohnyer iklan..orang tu dah lapar gila berpuasa disuruhnya buka dengan kunyah 'chewing gum'. Kalau iklan air soya ker tak der ler ralat sangat tapi ini iklan gula-gula getah...patut di 'Kallaripayat' jer orang yang buat iklan ni.

3. Lawatilah kedai emas 'tuuuut' sempena Hari Raya yang bakal tiba....iklan merabak poket..kalau laki ader rambut pun boleh botak...tak tahu ler kat tempat lain tapi ini iklan yang baru didengar di radio semalam. Perkara pertama yang terlintas kat fikiran aku..aduhai..kesian...Ramadan orang sepatutnya berjimat..ini iklan meriak diri sempena Aidilfitri...

4. Iklan syampu merawat kelumumur terlampau..hikhikhik. Dah banyak kali jugak orang merungut dalam suratkhabar pasal iklan ni..tapi sampai sekarang pun tak henti-henti ditayangkan lagi. Idea anak sapa la ni?...bulan puasa ni saper2 yang tertengok iklan ni baik tutup mata..nanti terkurang pulak pahala...hehehe. Mungkin kalau iklannya pasal seorang tukang gunting rambut atau 'hairstylist' yang memang memang kerjanya memegang rambut orang..agaknya tak der lar orang marah kan?


Ader lagi beberapa iklan..nanti sambung lagi..kalau saper ada iklan-iklan yang korang suka..boleh ler bagitau untuk disenaraikan..


Advertising is "[a] ten billion dollar a year misunderstanding with the public. - Chester L. Posey

0 comments:

 
Back to top!