Hampir setahun rasanya tiada catatan peribadi di sini. Bukan lupa cuma malas dan sibuk yang menjadi-jadi. Ada juga nukilan yang dicatat cuma tidak di laman ini. Nukilan peribadi di atas buku nota, luahan hati supaya tak perlu jumpa pakar psikologi. Menulis merupakan terapi. (Tak tipu, ini kata pakar)
Sahaja catatan ini dibuat dalam Bahasa Melayu. Nak asah balik otak dan tajamkan minda macam dulu-dulu, pabila boleh menguntum ayat berbatu-batu. Mungkin boleh tulis buku ;-P
Tahun ini genap usia ke-30 tahun, syukur ke hadrat Ilahi aku masih sihat dan mampu berdiri sendiri. Bukan apa, terkadang melihat remaja yang muda belia menerima imbasan CT (aku kerja hospital sekarang ni), ada yang hampir pasti tiada harapan setelah motor bertemu lori, diserang kanser dan macam-macam lagi. Terasa amat besarnya kurniaan sihat itu yang kadang-kadang kita ambil mudah sekali. Nikmat bernafas, makan, minum, berdiri. Itu semua tak mungkin boleh dibeli, Biarlah wang berjuta, berbillion sekalipun, ia memang tak mungkin diganti.
Walaupun usia menginjak 30 tahun tapi jujur perkembangan psikologi aku perlahan. Bila teringat zaman-zaman sekolah hingga universiti, baru perasan, lembap sunggu aku ni bila masuk bab kematangan. Orang ke bulan, aku masih menghitung jalan. Bila terfikir, pasti saja ada kawan-kawanku yang anggap aku ini sedikit dungu, lebih-lebih bab hati dan perasaan. Bukan dungu sebenarnya tapi perlahan. Siput babi berjalan...
Faktanya IQ dan EQ itu tidak sama, sebab itu ada yang sampai tahap PhD tetapi tiada kepintaran jalanan.
Perlahan-lahan siput babi tetap akan sampai ke destinasi jika tidak diberi garam supaya mati.
Separuh 2013 ini akan aku habiskan untuk mengutip pengalaman dalam bidang yang aku punya sijil terbentang. Separuh tahun lagi untuk mencari kerjaya baru, mungkin dalam bidang yang aku tahu dan mungkin kembali ke dunia perniagaan. Kalau ada rezeki, kerjaya makan gaji hanya untuk kumpul modal untuk timba pengalaman Apabila modal sudah cukup, aku ingin punya perniagaan sendiri. Lebih puas dan lebih menyerokkan.
Sampai bila nak jadi kuli ?
Matlamat peribadi yang satu lagi itu kerja Ilahi. Mama dah bising-bising, kerana janjiku ketika usiaku menjejak 30 akan aku serius dan yakin untuk menyandang gelaran itu. Siput babi la katakan.
Akan aku usahakan yang terbaikdan berdoa ia menjadi. Doa, usaha dan tawakkal. akhirannya nanti tetap milik Pencipta sekian alam.
Akal tengah malam "Orang Islam makan siput babi tak?" Adakah kerana terdapat perkataan 'babi" makan ia tidak dimakan?
Nilai manusia adalah semahal nilai matlamatnya - kata pujangga
0 comments:
Post a Comment