-->
Searching...
Wednesday, May 17, 2006
2:10 PM

Ucapan tertangguh...

Sebagai mengotakan janji..ucapan tertangguh dari orang yg tak reti nak bersuara atau lebih tepat berjiwang di depan orang…tapi yg ditulis dibawah nie bukan ucapan peribadi..tapi lebih kepada ekspresi perspektif pandangan diri. (Ucapan jiwang karat di K.I.V sementara waktu menunggu ‘momento’ siap..lagipun tak kan ler nak ‘post’ kat sini..buat malu ‘company’.

1. Kak Farah yg dikenali amat ler prihatin sekali, memang sesuai dengan status ‘kakak’ yg dimiliki (boleh ler bermanja-manja minta nota sekali-sekala). Dikelas pembawakan penuh wibawa tetapi hakikatnya ‘gila-gila’. Sesekali garang bila ada yang buat-buat tak faham. Penuh tanggungjawab dan dedikasi..antara calon-calon ibu mithali..hehehe.

2. Saidatul Ardeenawatie…unik namanya seunik tuan empunya. Cekap, amanah dan dedikasi…kelayakan utama si Bendahari, (duit anda terjamin di tangannya..tak perlu risau duit ke mana). Lantang bersuara bila perlu, senyap bila emosi terganggu, penuh ciri-ciri duta muhibbah…mesra menyapa dan ramah-tamah. Jika temannya jadi ukuran..memang cerah masa depan... (Saya tunggu kad undangan..;-P )

3. Munirah…best known as Mun…macam jugak bulan, orangnya memang menarik perhatian. Tutur kata tertib teratur penuh sopan..tatapi jangan dicabar keberanian memang tak terlawan...(setakat ular sawa, buaya dan burung unta..semua dalam tangan :-). ‘Partner;’ thesis yg menyenangkan….jika menunggu janji temu bukan ukuran ;-P Senang berkerja, tak memeningkan kepala. Otak bergeliga penuh idea walaupun kadang-kadang tak berguna…mungkin boleh dibuat filem dan drama…siapa tahu..mungkin boleh laku. (all the best to you )

4. Maizura…pertama kali berjumpa didalam dewan, dengan penuh sopan ingin memotong jalan (bagi jer lar..tak kemana pun). Kali kedua didewan yang sama..mengambil sijil penghargaan, duduk bersebelahan. Tak sangka..setahun kemudian berada di satu jabatan..(itu ler yang orang panggil jodoh pertemuan…hehehe). Pelajar yang penuh motivasi diri..rajin menyalin nota yg diberi. Nampak kelam-kabut tetapi orangnya tak pun kalut, mungkin gaya berjalan yang sedikit ribut..(mengamalkan dasar Jepun yg tidak membuang masa kot. <’ ‘ >V )

5. Anida….orangnya penuh perancangan dan berwibawa tak perlu risau kemana-mana kalau dia ada. Penyumbang utama nota-nota tulisan tangan..sebab utama…tulisan kemas dan tersusun..memang dijamin tak rabun membaca. Berani menegakkan pendirian dan lantang bersuara….mengkritik jika ada yang tak kena. (bunyi macam garang orangnya…tetapi hakikatnya mesra bila berjumpa). Jawatan penting mungkin disandang 20 tahun akan datang (Aku doakan kau cemerlang, dalam apa juga bidang..:-)

6. Azliya..anak Pak Yatim..bukan anak Yatim, selalu ceria dengan idea-idea lawak yang mengundang ketawa….berbakat seni, lakonannya mampu mencuit hati…sentiasa bersedia membantu rakan-rakan yang memerlukan…ikhlas tanpa apa-apa balasan. anak bongsu yang kadang-kadang emosinya terganggu dek hal-hal yang tak perlu. Orangnya kuat semangat…tak ramai yamg mampu terjun berulang-ulang kali kedalam masalah yang sama berkali-kali dan terus mampu berdiri dan tersenyum macam tiada apa-apa yang terjadi (aku betul-betul kagum..semoga berjumpa dengan apa yang dicari selama ini.)


‘Semoga 7 hari seminggu yang dilalui indah dihiasi 7 warna pelangi bersama 7 keajaiban dunia yang menggembirakan’

2 comments:

Anonymous said...

linda..kalau di suruh berkata2 mmg tak terkeluar dr mulutnya tetapi hasil penulisannya kena pada setiap org yg hendak diekspresikan...i like your writting...wish u all d'best...

Leen said...

rasa2nya lepas nie boleh part time copy writer tak??..kekeke.sementara jd penganggur bertauliah nie..saper2 nak tulis iklan boleh ler

 
Back to top!