-->
Searching...
Sunday, June 04, 2006
1:10 AM

It's all about perspective

Perluaskanlah bidang dan minat dan kegemaran anda supaya masa anda tidak terbuang dengan sia-sia yang boleh menghanyutkan anda dalam kegiatan atau arus fantasi yang menjahanamkan diri anda - kata pujangga

Perspektif adalah sesuatu yang relatif, itu adalah topik pertama yang diajar oleh pensyarah aku dalam salah satu subjek tahun akhir aku. Setelah hampir seminggu aku menjadi pelatih yang letih di 'booth', yang cuba belajar teknik-teknik memikat hati pelanggan, aku teringat kata-kata yang satu itu. Mungkin sebab dalam masa seminggu ni dah bermacam-macam orang yang aku nampak, sapa dan kenal tak kurang juga yang membuatkan aku terasa ingin sekali membaling pen ke arah mereka..(jenis tak reti bahasa) tapi dek mengingatkan moto 'the customer is always right' terpaksa ler aku buat muka manis..yang hatta kalau semut nampak pun boleh terkena kencing manis walaupun hakikatnya darah aku menyirap sampai boleh dapat 'hypertension' .

Ada orang tanya kenapa jauh benar bidang yang aku ceburi dengan bidang yang aku belajar...sebab utama sebab aku pun tak tahu selama ni minat aku apa, kecik-kecik nak jadi doktor..tapi bila masuk hospital, aku yang tak tahan, tengok tak apa lagi jangan suruh aku dekat..ada yang termuntah nanti. Belajar pulak jadi jurutera...bidang yang menerobos segala kemungkinan dan atas tiket itu aku ingin menceburi bidang lain...segalanya mungkin!

Tapi yang pasti..duit adalah antara pokok utama. Tipu sangat ler kalau orang kata dia belajar dan bekerja tanpa memikirkan duit....cita-cita budak kecik mungkin jenis yang mulia, ingin membantu, ingin membuat sesuatu yang dia suka..tetapi bila dah dewasa cita-cita seseorang berubah mengikut masa, keadaan dan juga faktor ekonomi. Kita memang tak tahu masa depan tapi bercita-cita mencapai kemajuan bukanlah sesuatu yang salah..

Ada seorang jutawan muda pernah berkata 'tak salah mencuba sementara kita masih muda dan tidak banyak komitment kerana jika terjadi apa-apa kita sentiasa boleh mula semula...kalau dah tua baru nak mencuba, risiko tinggi komitment pun nak kena jaga'. Antara moto hidup aku sekarang ni.


Anggaplah dunia sebagai sebuah tempat yang penuh dengan beraneka perkara menarik yang menunggu anda untuk meneroka dan mempelajarinya-kata pujangga

0 comments:

 
Back to top!