-->
Searching...
Tuesday, June 20, 2006
5:04 PM

Semenjak dah banyak kerja ni.. aku ada la simpan azam tak nak blog ni berkubur, walaupun bila malam jer yang aku nampak bantal semata-mata.

Tak mengapalah..hari ni aku nak cerita pasal gula yang tiba-tiba jadi komoditi berharga la pulak. Pergi pasaraya semua pun kekurangan. Aku tak faham sungguh. Kita selalu kutuk kekononnya orang Singapura tu 'kiasu' - ala penakut ler terjemahannya. Tapi aku rasa orang Malaysia pun dah masuk kategori 'kiasu' tu jugak. Bila dengar gula dah kurang, kalau biasanya orang tu beli 2 kg gula sebulan...diangkutnya 10kg gula. Apa yang nak dibuatnya dengan gula sebanyak tu pun aku tak tahu...simpan biar semut buat sarang kot. Sana sini bising pasal diabetes..jadi sekarang ni aku rasa masa yang paling baik untuk rakyat Malaysia semua cuba untuk mengurangkan pengambilan gula..alasan kukuh dah ada. Faktor ekonomi...duit ler senang cakap.


Bila industri nak menaikkan harga gula...menteri marah, tapi mereka sedar tak sebab mereka naikkan harga petrol lar sekarang nie hampir semua barang nak naik harga. Beras pun ada orang cadangkan supaya ditingkatkan harganya..Aku faham sebab yang pasti tebu-tebu tu semua tak berjalan sendiri ke kilang gula untuk diproses..begitu juga dengan padi...ia tak terbang ke kilang. Entah ler...yang pasti bila harga komoditi paling bernilai iaitu petrol dinaikkan ..semua benda lain hanya menunggu masa untuk naik. Tapi aku paling sakit hati kalau sekiranya nanti gula itu dinaikkan harga..katalah 20 sen sekilo...nanti pekedai tak bertanggungjawab akan cuba menaikkan harga segelas kopi sebanyak 20 sen jugak..cekik darah..yer..senario cekik darah tapi ini bukan mustahil akan berlaku

0 comments:

 
Back to top!