Menulis merupakan satu aktiviti yang memerlukan konsentrasi, tanpa konsentrasi yang akan dicatat hanyalah cerita-cerita yang berkisar kepada pemikiran sendiri tanpa dapat difahami orang lain, dan atas sebab itulah juga catatan disini terhenti seketika, banyak idea yang muncul, lebih-lebih lagi diwaktu pagi ketika bersesak menunggu bas, yang tidak cukup adalah masa untuk mencurah idea tersebut supaya boleh menjadi karangan yang sedap dibaca (bagi sesetengah orang..mungkin ada yang tak suka langsung).
Berbalik kepada cerita yang ingin dicatat. Beberapa minggu yang lepas Malaysia dikejutkan (terkejutkah kita?) dengan laporan yang mengatakan warga Kuala Lumpur tergolong antara orang yang paling kurang adabnya. Maka gegak gempitalah seluruh warga KL mempertikaikan keputusan tersebut. Konon ciri-ciri yang diselidiki itu tidak wajar dan tidak patut. Orang seperi ini sebenarnya bagi aku masih hidup dalam ‘cerita dongeng’ zaman Hang Tuah barangkali...zaman dimana orang Melayu atau warga Nusantara ini dikenali bersopan santun, berbudi bahasa dan teratur tingkah laku. Tapi itu cerita zaman nenek moyang kita dulu.
Ini zaman millenium...dan yang pasti orang KL memang makin ketandusan nilai adabnya. Usah diperhati sama ada akan ada orang yang menahan pintu ketika kita melaluinya, kerana itu bukan cara warga kota KL. Tetapi cuba lihat berapa kerat warga kota yang tahu mencari tong sampah...sungai Klang itu pun boleh bertukar rupa akibat ke ‘santunan’ warga kota. Bila banjir..habis PBT disumpah seranah. Menyelinap, meletak kenderaan sesuka hati pun antara ciri-ciri sopan warga kota. Cukai jalan kau bayar jadi suka hati akulah nak letak dimana.
‘Zebra crossing’...tak cukup belang untuk membuatkan warga kota berhenti ketika melihat ada orang ingin melintas.(Mungkin hanya apabila zebra ingin melintas sahaja mampu membuat orang berhenti) Tak cukup ‘zebra’ ditambah pulak lampu isyarat...pun begitu yang rabun warna, tak dapat membezakan yang mana hijau dan yang mana merah. Semuanya jalan...Beradabkan orang kita?
Orang Malaysia dikatakan ramah, suka tersenyum dalam iklan ‘Visit Malaysia’, tapi yang pasti pelancong-pelancong hanya akan melihat keramahan pramugari dan pramugara yang memang kerjanya tersenyum dan mengucapkan selamat. Setibanya mereka di KLCC..hah jangan harap ada warga KL yang tersenyum. Pekedai mungkin, yang lalu lalang...entah.
Rasanya sudah tiba masanya orang-orang Malaysia ni sedar yang mereka ini bukan lagi warga penuh adab seperti yang selalu digembar-gemburkan. Itu hanya iklan menarik pelancong!
Yang beradab santun pun dimasa kini adalah ketika hari raya atau rumah terbuka apabila semua sibuk tersenyum, menghulur salam dan meminta maaf.
Tuesday, July 11, 2006
0 comments:
Post a Comment