Alkisah hantaran kahwin sekarang ini: Diambil dari blog Small Wonder milik Cik Hazrati..classmate den dulu2
Zaman sekarang ni kan; hantaran makin naik harga. Maklumlah, kata orang ikut market price.Kalau harga emas naik, naik lagi harga bakal-bakal isteri. Tak ikut market price nanti orang kata kedekutlah, sengkeklah, tak mampu jangan ada hati nak kahwinlah.
Biasanya yang letak harga ialah mak sebelah perempuan. Bapak selalu ikutkan saja, ni semua kerja orang perempuan. Kadang-kadang ada juga perempuan sendiri yang letak harga, lepas tu pakat dengan mak. Mengikut survey; sekarang paling minimum RM6000. Hantaran RM5000, RM4000 masih ada juga, tapi dah boleh kira pakai jari tangan je. Yang ada hantaran kira okay lah; tapi ada serba satunya lagi. Cuma serba-serbi dan serba boleh je belum ada lagi.
Kat sini ada beberapa sebab kenapa sekarang hantaran makin mahal:
1. Anak perempuan sorang
2. Anak perempuan sekolah tinggi 20 tingkat
2. Anak perempuan sekolah tinggi 20 tingkat
3. Anak perempuan paling jambu dalam family
4. Anak perempuan kerja high post
5. Anak perempuan biasa pakai barang branded
6. Anak perempuan yang tastenya ... berkajang-kajang kalau disenaraikan
7. Kakak belum kahwin; jadi kena kasi double untuk belanja kakaknya sekaligus
8. Anak perempuan yang rasa dirinya .... lengkap segala-gala
9. Bapak perempuan tokei kayu balak; mak pulak bekas eksekutif
10 Anak perempuan tu pun jenis ek ... semacamje .
Selalunya jawapan yang diberi oleh pihak lelaki kalau hantaran melampau sangat (ni diorang berbual antara family lelaki je):-
1. "Eh! Nak meniaga anak ke pe?" Kadang tu mak bapak ok je si anak pulak lebih-lebih
2. "Kalau pandai masak ke jahit ke; satu hal jugak. Ni asyik pandai mekap je."
3. "Camni bilang diorang simpan anak tu dalam store buat perhiasan."
4. "Kalau lawa macam Karishma Kapoor tu takpe jugak. Ni hidung pesek macam kena lenggek je."
5. "Apa diorang ingat kita sedara Bill Gates ke?"
6. "Lupakan sudah budak perempuan tu. Nanti mak cari kan yang lebih power dari Catherine Zeta-Jones eh?"
Kata-kata dari sebelah perempuan yang lelaki ingin sangat nak dengar :-
1. "Ikut suka hatilah. Berapa yang lelaki kasi; kita ambil je. Member tak cerewet."
2. "Tak apalah. Kalau tak boleh adakan sekarang; kahwin dulu. Lepas tu bayar pelan-pelan cara instalment."
3. "Jangan bimbang. Korang cuma adakan hantaran je. Duit majlis semua kita sponsor."
4. "Pasal sekarang ni musim grand sale sana sini; jadi kita ada staff discount. Korang cuma kasi 10% je."
5. "Berapa korang nak kasi, kasilah. Nak ambil free pun tak apa. Anak perempuan kita ramai lagi."
6. "Apakata kalau korang ambil kakaknya sekali.Tapi hantaran tetap sama. Kira 2 for the price of onelah. Risaulah kakaknya tak kahwin-kahwin. "
Kalau kena pulak family lelaki yang loaded makan tak habis punya; jawapannya:
1. "Okay setuju. Kita up lagi $10,000. Nothing much lah."
2. "Ehh sikit nah! Camni tak nak lah. Tak sama standard dengan kita punya expectation la."
3. "Ni hantaran kira Rupiah ke RM? Kita cuma simpan American dollars je."
4. "Kita tak kasi pakai cash la. Korang pilih nak AMEX ke; Diners ke; boleh kata semua credit card kita adalah."
4. "Kita tak kasi pakai cash la. Korang pilih nak AMEX ke; Diners ke; boleh kata semua credit card kita adalah."
5. "Sebagai hadiah upacara masuk minang ni; kita ada siapkan kereta Lambhorgini. Tu anak bujang kita tengah parking kat bawah tu."
6. "Ni korang minta hantaran ke; mintak duit nak belikan dia baju tidur. Murah nah?"
0 comments:
Post a Comment