Kebocoran yang kecil masih boleh menenggelamkan sebuah kapal yang besar - mutiara kata
Malaysia kita sudah berjaya.....itu rangkap depan lagu patriotik Malaysia kita...(lirik seterusnya aku lupa.. hehehe ) . Aku tiba-tiba teringat dengan lagu ni selepas membaca akhbar mengenai kes pembunuhan si model cantik dari Mongolia. Makin lama kaedah menghapuskan bukti jenayah juga makin canggih...zaman sekarang kalau setakat buang ke dalam tasik atau gaung itu sudah retorik...dulu mayat dicampak, dibakar, ditanam atau disimen sahaja...sekarang lebih maju...diletupkan sehingga menjadi serpihan kecil. Kalau dulu aku ingat Mona Fandey tu kejam kerana mengerat mayat menjadi 18 dan ditimbus simen di belakan rumah..rupa-rupanya ada yang lebih zalim.
Jika dalam kes Mona Fandey, aku tak ralat sangat kerana tertuduh tu sememangnya mempunyai kecenderungan jenayah yang tinggi tetapi ironi kes satu ini...yang melakukan semua kejadian maha kejam itu adalah orang-orang yang diberi kepercayaan menjaga keamanan negara..
Dan yang terlibat dalam kes ini pulak bukan calang-calang orang. Orang yang mempunyai reputasi sebagai ahli pemikir...agak-agaknya dia dah habis fikir mengenai cara-cara menghapuskan bukti.. Orang kata sepandai-pandai orang..ada ketikanya bodoh jugak...
Kebodohan ialah kesilapan bagi seseorang yang mempunyai peluang untuk menjadi pandai - mutiara kata
Thursday, November 09, 2006
0 comments:
Post a Comment