-->
Searching...
Saturday, November 18, 2006
8:39 PM

Lima minit pertama

Engkau disebut sebagai manusia bukan kerana tubuh dan jasadmu tetapi akal dan jiwamu -mutiara kata

Sejak dua tiga hari lalu aku jadi pemerhati setia berita. Salah satu sebabnya adalah kes pembunuhan model cantik dari Mongolia... suspek-suspek kes dah pun didakwa dan akan dibicara.. harap-harap tak der la kes terlepas lari dek kesilapan teknikal dalam proses dakwa-dakwi. ....apesal erkk website dari Russia byk 'smilies' yang 'best-best'. Orang Russia memang minat mencipta 'smilies' kot. Contohnya kat sini ngan kat sini . Memang tak faham sepatah pun yang ditulis tapi tekan jer lah mana-mana link yang korang suka.

Sebenarnya hari ni aku nak sentuh pasal perhimpunan UMNO yang baru tamat....bukan pasal pelan Malaysia kesembilan ataupun pelan-pelan lain, perbahasan ataupun pergulungan...minat jugak aku ngan politik erkk..hehehe bukan! aku minat tengok jer..sebab kadang-kadang ahli politik ni boleh jadi cam pantulan sifat-sifat manusia yang selama ni tersimpan di bawah karpet

Korang perasan tak yang sebenarnya 5 minit pertama ucapan perwakilan tu sebenarnya sesi membuang masa. Bukan setakat ucapan perwakilan tu jer..tapi ucapan kat mana-mana lah di bumi Malaysia. Malah dalam subjek karangan di sekolah pun kita didedahkan dengan cara-cara penulisan yang penuh ciri membuang masa ini. Tak percaya?

Cuba korang perhatikan...setiap ucapan perwakilan tu mesti dimulakan dengan sesi menyapa setiap manusia yang berpangkat tinggi. Kalau ada 20 orang berpangkat Tan Sri, Puan Seri, Dato', Datin' dan macam-macam lagi.. semuanya akan disapa bukan sahaja dengan nama penuh.. malah dengan pangkat-pangkat sekali. Tak cukup pangkat... ditambah pulak kat belakang tu ayat-ayat yang menunjukkan kekononnya yang korang ni memang amat lar perihatin lagi maha menyayangi. Ayat macam 'Yang dihormati, yang dikasihi, yang disayangi dan entah aper-aper lagi.

Perlu ker kita sapa hampir semua orang berpangkat kat dalam dewan tu. Penting sangat ker kita memberitahu yang kita ni memang sayang....teramat sayang sampai terasa macam hendak didakap-dakap VIP yang hadir di situ. ..walaupun sebenarnya dalam hati kadang-kadang terasa macam nak sepak terajang jer orang yang tersengih-sengih penuh pangkat kerana kita pada hakikatnya amat meluat kat orang tu.

Agak-agaknya kalu tetiba wakil-wakil tu cuma memberi salam kepada hadirin dan terus membaca teks ucapan utamanya ada orang terasa tak?


Pikiran yang terbuka dan mulut yang tertutup merupakan suatu kombinasi kebahagiaan- Mutiara Kata

2 comments:

Anonymous said...

since when u luv politic?? come on itu semua pelakon terbaik yang ader kat m'sia. sebuat pasal kes bunuh tu hmmm susah nak lepas coz high profile case. but if the defence good.dia boleh lepas

Leen said...

sejak tak dapat tgk Picadilly circus mahupun Royal London Circus..jd bertukar arah tgk politik pulak.

Kalau ada aper yg menarik dr meja lawyer2 kat opis tu..don't forget to share.

 
Back to top!