-->
Searching...
Tuesday, February 06, 2007
12:02 AM

Catatan pertama di bulan romantis

Cinta perkataan indah dan manis yang menyembunyikan keperitan dan kepahitan. - mutiara kata

Bulan Febuari datang lagi...tanggungjawab bertambah lagi di bulan ini. Terkejar ke sana-sini. Duit poket bertambah lagi cuma keadaan diri yang rasanya makin tidak terurus lagi rapi.

Febuari menurut orang adalah bulan romantis...dan ada seorang rakan yang bakal melangkah ke alam baru di bulan ini. Di sini ingin sekali aku selitkan ucapan buat bakal pengantin baru. Maaf sekali lagi kerana tidak dapat melapangkan diri untuk menghadiri majlis yang datang hanya sekali itu. Keadaan dan tanggungjawab semasa tidak mengizinkan.

Seperti sudah disimpulkan,
Angin menari dipinggul bulan,
Bagai ritual nan indah dipersembahkan.
Engkau dan dia telah ditakdirkan.

Telah disematkan di dadamu,
Sebuah nama sepanjang usia,
Di belakang tabir cahaya,
Aku doakan kau terus bahagia.

Selamat Pengantin Baru buat Saidatul Ardeenawatie dan Fadzli

P/S:sedih beb tak dapat menjejak Kelantan...dengar dari kejauhan jer lar..
Ohh sebelum terlupa..Tun Dr. Mahathir telah dicalonkan untuk menerima hadial Nobel Keamanan .. (apesal beritanyer pendek benar?? teringat kumpulan Nobel masa aku belajar dulu...hehehe) Walaupun tak semua benda yang Tun buat tu betul tapi dedikasi dan semangat dia untuk melihat keamanan sejagat adalah sesuatu yang patut dicontohi.
Lepas Johor, Jakarta pulak dilanda banjir besar. Dunia makin sakit
Jadikan dirimu bagai pohon yang rendang di mana insandapat berteduh.Jangan seperti pohon kering tempat sang pungguk melepas rindu dan hanya layakdibuat kayu api - pujangga

0 comments:

 
Back to top!