rumah yang korang nampak tu adalah rumah aku dulu..yang gambar atas sekali pulak adalah pemandangan di hadapan rumah, disebabkan rumah ni dibina di zaman British maka konsepnya kekal seperti itu. Tiada pagar ala Wisteria Lane. (sekarang ni banyak pulak perumahan elit yang dimajukan dengan konsep sebegini) Putrajaya pun nak menerapkan konsep ini tapi dengan penyangak dan penyamun sekeliling kawasan memang payang. Lain la di sini. Di pagar jer dah tertera penceroboh akan didakwa dengan gambar orang di tembak, yang menjaga 'post' di pintu utama pula bukan Pak Guard tukang pacak tapi pegawai tentera.
Keliling rumah pulak padang. Depan rumah aku jer dah boleh buat padang bola. Tu tak masuk tepi kiri kanan lagi. ...ditepi pantai..semasa aku membesar irama ombak dimalam hari itu menjadi alunan lagu yang menemani aku setiap malam dan itu adalah antara sebab mengapa aku amat menggemari laut.
0 comments:
Post a Comment