-->
Searching...
Wednesday, July 25, 2007
11:42 PM

Malaysian..get of your butt

A quite interesting news I recently found..

Guna mesin antara punca wanita gemuk keterlaluan

24-07-2007 06:45:23 PM

Oleh SA’ODAH ELIAS

KUALA LUMPUR: Jumlah wanita gemuk dan obes di negara ini semakin meningkat kerana kebanyakan mereka kurang menggunakan tenaga ketika menguruskan rumah tangga, sebaliknya menggunakan mesin.

Menurut Setiausaha Parlimen Kementerian Kesihatan Datuk Lee Kah Choon, sekarang sudah jarang wanita membasuh pakaian sendiri, kerana menggunakan mesin basuh, begitu juga untuk urusan rumah tangga yang lain.

Ketika di pejabat pula, katanya, mereka tidak gemar menggunakan tangga walaupun untuk naik-turun satu tingkat sebaliknya memilih menggunakan lif, dan waktu bersantai banyak digunakan untuk menonton televisyen, satu kegiatan yang tidak memerlukan banyak pergerakan.

Lee berkata demikian ketika menjawab soalan di Dewan Negara hari ini mengenai punca peningkatan masalah berat badan di kalangan rakyat Malaysia, 18.8 peratus atau 1.85 juta orang daripadanya terdiri kaum wanita.

Beliau seterusnya menasihatkan mereka yang mengalami masalah ini agar menukar gaya hidup dengan menitikberatkan pengambilan makanan yang seimbang dan tidak mempunyai kandungan lemak dan gula yang tinggi.

Katanya, lebih baik bagi mereka berbuat demikian diikuti kaedah senaman yang sesuai daripada bergantung pada pil-pil pelangsing badan kerana kaedah itu jauh lebih berkesan dan tidak memudaratkan kesihatan.

Mereka yang memilih untuk mengambil pil pelangsung, katanya, perlulah terlebih dahulu mendapatkan nasihat doktor.

Menurut statistik, tambahnya, purata berat badan wanita mula mengalami peningkatan pada umur 40 tahun dan ke atas, kebanyakan mereka itu wanita yang telah berkahwin dan mempunyai beberapa orang anak.

Lee berkata Kajian Pengambilan Makanan Orang Dewasa Malaysia 2003 menunjukkan rakyat Malaysia yang mengalami berat badan berlebihan telah meningkat sebanyak 26.71% sementara mereka yang mengalami masalah obes pula meningkat tiga kali ganda iaitu sebanyak 12.15 %.


Okay in a way what the article said is right..but you can't blame the women for using the so called modern technology. For a household like mine which consist of 7 the laundry is the size of a small army. Clothes for school, exercise, work, home ,bed...my mom would be living in the bathroom if she didn't use washing machine. Men uses elivator too...hey I know some men who are just too lazy to even lift a pen.

Ohh by the way stop blaming women for the obvious fat growth. At least she had her reason..she got pregnant and give birth, the should be some loose end. She got a house load of things to look after. But how about men who don't get pregnant so they don't obviously eat for two, don't give birth but still end up looking like they are 10 month pregnant and the baby just won't get out.
Technology is so much fun but we can drown in our technology. The fog of information can drive out knowledge.- Daniel J. Boorstin

1 comments:

muNm said...

yeah... u r right. how about men that didn't get pregnant or any body-changing experience but their belly is getting bigger n bigger... that's something to be look into. at least women still have to carry the whole load laundry to the washing machine. but men? takde okey... nak vacuum pun still have to move around... not like we afford to use the robot vacuum machine... huh...

 
Back to top!