-->
Searching...
Saturday, July 07, 2007
10:37 PM

Gigi Bijaksana

Nothing is so strong as gentleness. Nothing is so gentle as real strength. - Frances de Sales


Dalam bahasa Inggeris gigi yang paling akhir tumbuh sering dipanggil 'wisdom tooth' jadi dalam bahasa Melayu bolehlah dipanggil gigi bijaksana, wisdom=kebijaksaan (betulkan wahai guru-guru bahasa malaysiaku semua??...)

Gigi bijak, gigi cerdik, gigi pandai ..tak kiralah apa pun yang orang panggil yang pasti gigi ni telah menyeksa aku hampir berbulan-bulan lamanya. Sejak aku belum habis belajar lagi dah ada tanda-tanda nak keluar tapi sampai hari ni baru sipi-sipi jer yang nampak. Selalunya aku tak kisahkan sangat sebab sakitnya hanya sengal-sengal biasa macam budak-budak nak tumbuh gigi. Sekejap sakit sekejap hilang. Jadi aku tak kisah sangat

Tapi bermula seminggu lepas kesakitan makin bertambah, lebih memburukkan keadaan, aku diserang pulak keracunan makanan yang sememangnya menyeksakan. Dr Roti dan Biskut bagi nasihat supaya makan roti dan biskut...(antara sebab Dr ni dapat gelaran dia adalah kerana setiap kali pergi jumpa dia untuk rawatan nasihat yang dia bagi adalah supaya jangan makan nasi, benda berminyak dan hanya boleh makan roti serta biskut, tak kira sakit apa...demam, sakit tekak, diarhea, malah masa nodus limpa aku bengkak hari tu pun dapat nasihat yang sama). Aku ada jugak terfikir adakaha doktor ni ada syer dalam mana-mana syarikat biskut atau roti ? yer la asyik promosi biskut dan roti jer. Dapat la berehat di rumah selama dua hari.

Namun malangnya apabila perut aku dah stabil kembali, gigi bijaksana aku pulak yang menyeksa. Sakit teramat. Nak tak nak, kena jugak jumpa doktor gigi...(sebenarnya dalam hidup aku, inilah pertama kali aku pergi berjumpa doktor gigi selain jururawat pergigian yang datang melawat sekolah tu) Nak buat macam mana gigi aku sememangnya sihat. Badan aku jer selalu sakit..heheheh

Bukak jer mulut terus doktor cakap nak buat pembedahan buang terus gigi bijaksana tu. Sebab utama kerana rahang seorang yang berusia 24 tahun macam aku ni sememangnya dah tak akan membesar, maka ruang untuk gigi tersebut membesar amat le terhad, jadi gigi yang amat bijaksana tu telah menolak gigi geraham di sebelahnya, itu yang menyebabkan sakit.

Ikutkan doktor hari ni jugak dia nak bedah cabut gigi bijaksana tu, tapi sebab aku baru jer baik daripada keracunan makanan maka mungkin hari Isnin nanti baru buat 'operation'.

Buat masa ni terpaksa la aku makan Panadol, kalau sakit sangat telan 'Pongstan' nak kurangkan bengkak 'gargle' air garam. Aaarrggghh seksa

Sometimes it costs more to do nothing than to do something -unknown

0 comments:

 
Back to top!