-->
Searching...
Thursday, May 31, 2007
10:52 PM

hah..nampak katak...hehehe, dah bersemak samun rupanya blogger aku ni. Ni nak kena bawak sabit lak menebas. Tak perasan pulak pulak blogger sekarang dah ada 'autosaved', jadi aku tak payah risau ler pasal kehilangan hasil kerja aku (yg selama ni selalu sangat ..salah satu sebab tempat ni banyak semak kebelakangan ni). Lagi satu sebab komputer selalu jadi tempat muat turu filem dan drama dari .. Stage6

Sebenarnya banyak jer cerita, dari hal kenaikkan gaji penjawat awam (JPA ni sampai bila nak gantung aku...) hal harga barang yang jugak naik. (roti canai Wahid tu makin kecik jer aku tengok..dah macam patung Matrusyka (patung famous Russia yang adik aku bawak balik) patung tu pun macam roti canai kat Malaysia ni..konsepnya makin lama..makin kecik). Patung ni kalau tengok ader satu jer tapi bila buka ader lagi kecik dalam tu..lagi buka ader lagi anak dier ..biler bukak sumernya dekat 32 buah patung ader dalam tu. Yang lagi banyak pun ader tapi adik aku tak beli. Kreatif tak orang Russia?

Yang jatuh pulak..syiling-syiling di bangunan kerajaan. Ironikkan?. Naik gaji syiling jatuh. Harga syiling tepung gandum naik syiling kat bangunan Mahkamah baru yang berjuta-juta jatuh merudum. Tukang paip pulak masa ni mesti kerja 'over time' sebab sana-sini sumer pakat bocor. Kalau aku jadi menteri aku heret semua kontraktor-kontraktor tu pergi mahkamah sebab makan duit rakyat tapi keje tak der kualiti. Kalau kat Korea dah lama hukum penjara. Kalau ader kes yang mati macam kes pasaraya runtuh dulu terus dengan pak-pak menteri pun diorang heret hukum mati. Tapi kat Malaysia ni nama kontraktor tu pun main sorok-sorok tak bagi orang lain tahu.

Masuk bulan Jun dah ada struktur harga baru untuk para pelanggan..harap-harap lepas ni hidup aku kembali aman lepas kecoh lebih dua bulan. Ekspo kembali tapi tahu ni aku duduk senyap-senyap sebab banyak orang baru yang 'joint venture' jadi aku jadi orang sebalik tabir jer la. Lain la macam tahun lepas, naik pagi sampai malam..bila letak kepala atas bantal jer terus hilang ke alam lain. Tahun ni sempat lagi berangan-angan..hehehe.

1 comments:

Anonymous said...

Oi, achei teu blog pelo google tá bem interessante gostei desse post. Quando der dá uma passada pelo meu blog, é sobre camisetas personalizadas, mostra passo a passo como criar uma camiseta personalizada bem maneira. Até mais.

 
Back to top!