Hidup ini adalah warna-warni yang terlakar pada kanvas, walaupun tidak cantik ia tetap mempunyai sejuta maksud - kata Punjangga
The next entry is in Bahasa Melayu...I just wanted this write this in BM thats all.
Tahun baru datang lagi...setiap kali tahun baru orang akan sibuk memasang azam baru. Aku pun tak terkecuali cuma azam aku tak pernah bertahan lama, sebulan dua lepas tu hilang entah kemana.
Setiap orang boleh berazam tetapi hanya mereka yang betul-betul kuat sahaja mampun menjelmakannya. Aku sebenarnya keliru antara status angan-angan dan azam. Kata orang annga-angan adalah kerja sia-sia. Mimpi yang akan kekal fantasi. Azam berlainan sebab azam mampu dijelmakan menjadi realiti jika orang itu betul-betul berusaha mencapai hajat hati.
Menurut mereka lagi, berangan-angan menyebabkan Mat Jenin jatuh pokok kelapa....tak pasti pulak tinggi mana pokok tersebut...mungkin Mat Jenin tak panjat tinggi-tinggi, kalau tak mesti dah mati...mungkin jugak pokok tu kemetot jer..mcm ayam serama
Yang pasti walaupun Mat Jenin berangan-angan atas pokok nak jadi kaya, dia memerlukan azam yang tunggi untuk memanjat pokok tersebut. Tanpa azam itu tak mungkin Mat Jenin sampai ke atas.
Namun angan-angan, mimpi, fantasi, azam dan apa pun perkataannya, semuanya memerlukan usaha untuk berjaya selagi ia bukan sesuatu yang mustahil. Azam akan kekal jadi mimpi kalau kita tak berusaha untuk menggapainya.
Sempena tahun baru ini, banyak yang ingin aku capai. 2005 bakal berakhir...banyak kenangan yang tercatit...yang girang, yang walang dengan 1001 ragam.
Sepanjang tahun ini mungkin aku terlupa untuk berterima kasih untuk setiap kebahagiaan yang aku dapat. Alpa untuk menghargai insan-insan yang rapat. Lalai untuk meminta maaf untuk setiap kesalahan yang aku buat.
Buat mama dan papa...terima kasih untuk segalanya. Mengajar aku untuk jadi manusia. Buat adik-adik aku, terima kasih kerana membahagiakan hari-hari yang berlalu. Buat rakan-rakan, terima kasih atas huluran sahabat. Moga kita akan terus menjadi kawan dan tidak sekali-kali menjadi lawan.
Terima kasih alam atas setiap keindahan. Terima kasih Tuhan untk setiap rahmatMu...terima kasih kerana memanjangkan usia aku setahun lagi.
Kejayaan selalunya dimulai dengan membina impian! Sekurang-kurangnya dengan silih berganti tahun memberikan kita peluang untuk membina azam baru. Dan ingat... Untuk mencapai kejayaan esok, binalah impian itu hari ini- Ahmad Tarmizi Ismail
Azam
Home
»
Unlabelled
» Azam
Share This To :
0 comments:
Post a Comment