-->
Searching...
Tuesday, March 07, 2006
12:16 PM

KL Lights...

Heroism on command, senseless violence, and all the loathsome nonsense that goes by the name of patriotism - how passionately I hate them! -Albert Einstein

Mula-mula niat hati nak masukkan ceritera nie dalam blog ‘Friendster’ aku yang memang terkenal mengarut tetapi dek teknologi ‘friendster’ itu sendiri yang menyusahkan, asyik kena sunting jer sebab asyik ader jer yang tak kena dengan susunan perkataan...akhir sekali ambik keputusan masukkan ajer kat sinie..tak kisah ler...mana-mana pun sama. Ada satu cerita yang tak der kesudahannya di sana...entah ler malas dah aku nak ‘update’. Biar jer lar....bukan kena bayar sesen pun. Kalau kena bayar untuk ‘blog’ tu dah lama agaknya aku angkat bungkus...sekarang nie aku biarkan berhabuk...lama-lama nanti, terus padam..

Sekarang blog nie dah jadi dwibahawa..kejap BI kejap BM..bukan apa...aku menulis ikut perasaan ketika itu dan juga persekitaran.. Tapi jangan risau..sekarang nie aku tengah menyahut seruan kerajaan untuk tidak mencampur-adukkan Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris sekaligus di dalam satu ayat.....aku nie berjiwa patriotik sebenarnya....hahaha jangan ada yang loya pulak..

Bercakap pasal campur-aduk bahasa nie ...semalam masa menonton citer ‘Smallville’ kat TV3 ketika iklan tu aku tukar saluran lain..biasalah..manusia cepat bosan cam aku tak boleh melekat dengan sesuatu lama-lama, cepat bosan..kecuali benda tu memang betul-betul sesuatu yang aku minat sepenuh hati....macam....

Kembali ke punca cerita...semasa tukar saluran tu, tertengok cerita ‘KL Lights’ yang ditayang kat ‘channel 8’.....ahhh aku rasa kalau Dr. Rais Yatim atau ketua pengarah DBP tengok cerita tu mahu sebak hati...bahasa rojak tahap ‘dewa kelapan’ ler kalau ikut bahasa adik aku...habih berterabur....BI sekerat, BM sekerat...kalau nak cakap BI buatlah satu ayat penuh BI, kalau nak cakap BM buat ler ayat BM yang penuh jugak..tak perlu bahasa yang penuh nahu, tersusun struktur kata tapi cukup ler kalau ayat tu memang sepenuhnya Melayu..atau sepenuhnya BI..bukan separa-separa....keju bukan belacan lagi ler bukan..Kalau ‘Mat Salleh’ tengok pun loya tekak...saper lar penulis skrip cerita nie?...

Betul ker orang bandar cam KL nie bercakap macam Orang Asli tak reti BI nie? Aku bukan nak burukkan Orang Asli..Cuma aku teringat satu cerita yang pernah aku tengok..cerita nie cerita ‘orang putih’ dalam cerita tu ada lar watak dukun orang Asli yang tak fasih bercakap BI..jadi bila dia nak bercakap dengan ‘mat-mat Salleh’ yang datang jumpa dia ..akan sekerat-sekerat ler bahasa dia..berkerut-kerut muka ‘orang putih’ tu memahamkan apa yang dia cakap....

sekarang dalam cerita ‘KL Lights’ tu pun watak-watak dalam tu bercakap sebijik macam dukun orang Asli tu...mungkin penulis skrip tu dapat idea dari situ..kononnya yang memperlihatkan bahawa itu la gaya bahasa ‘urban’ sekarang ini di bandar..diorang tak sedar..dukun orang Asli tu dah terlebih dulu guna gaya bahasa macam tu..hahaha kesian...

Memang patut pun aku hentam 8TV dalam soal-selidik yang dier bagi hari tu....layak sangat-sangat..selepas meloyakan tekak aku dengan cerita macam ‘The Most Bloody-full Woman’..malu aku tengok kelakuan wanita-wanita ‘TER’cantik tu...sekarang muncul pulak ‘KL Lights’ yang tak berapa nak terang..

Aku harap sangat-sangat yang suatu hari nanti Bahasa Melayu tak jadi macam bahasa Sanskrit..bahasa yang suatu masa dulu amat masyhur..tetapi sekarang nie dah berkubur..Tulisan jawi pun aku sedih, dah layak dipamerkan di muzium...nak salahkan siapa?

I only regret that I have but one life to lose for my country-Nathan Hale

0 comments:

 
Back to top!