Bekerja dengan rasa cinta, bererti menyatukan diri dengan kalian sendiri, dengan diri orang lain dan dengan Tuhan. Tapi bagaimanakah bekerja dengan rasa cinta itu? Bagaikan menenun kain dengan benang yang ditarik dari jantungmu, seolah-olah kekasihmu yang akan memakainya - Kahlil Gibran.
Memang benar apa yang dikatakan olah Kahlil Gibran, jika kita berkerja tanpa rasa cinta apalah sangat bezanya kita dengan robot yang telah diprogramkan untuk melunaskan kerja-kerja yang telah diarahkan dalam sistem memorinya. Bezanya kita dibayar gaji dan diberi peluang untuk pulang ke rumah untuk berehat sedangkan robot tidak. Tapi apa guna duit berkepuk pun kalau itu bukan satu nilai kepuasan. Duit tak mungkin membeli kepuasan dan kegembiraan hidup. (tidak bagi aku).
Tepat jam 6.15 petang 21 Ogos dengan rasminya aku meletak jawatan. Orang lain mungkin hairan tapi sudah agak lama aku memikirkannya. Dah hampir sebulan jugak idea untuk memberhentikan diri aku dari kerja yang langsung tak menggembirakan hati.
Alkisahnya begini....dimulakan denga sepucuk surat dari sebuah jabatan kerajaan yang meminta aku hadir untuk peperiksaan. Tarikh yang tercatat hari berkerja, melihat tarikh itu aku berkira-kira bagaimana agaknya hendak aku beritanya pada ketua aku yang semenjak seminggu dua ni memang hanya asyik mencari hal jer dengan aku...lebih menyakitkan hati dia mungkin sebab setiap kali dia berleter dengan topik-topik kitar semulanya yang aku sendiri dah hafal ...muka aku kekal selamba..tak der perasaan (ni satu kemahiran yang amat berguna bagi aku..konsepnya senang ..tak payah layan...dilayan makin meroyan..buat derk jer..lama-lama senyap ler) . Kalau aku salah aku boleh mengaku..tapi kalau kisah dia terpaksa tidur opis sampai 4 pagi semata-mata nak siapkan proposal..lepas tu nak kaitkan dengan aku ambik cuti sebelum tu...tak ker melampau...itu proposal dia, syarikat tu dia yang jaga..apa kena mengena pulak dengan aku. Peduli aper kalau dia tak nak tidur langsung sebab siapkan proposal...aku tak der kena mengena langsung dengan proposal yang dikarang tu.
Aku ni masih beradab, mama dengan papa ajar aku supaya menghormati orang yang lebih tua walaupun kadang-kadang mereka meroyan tak kena gaya. Disebabkan itu aku dengan dengan sopan meminta izin nak bercuti. Aku cakap terus terang sebab aku bercuti. Dia dah tahu aku memang dibawah tajaan kerajaan. Satu entiti yang dia cukup tak suka, ada saja yang tak kena dengan badan kerajaan..tapi yang aku pelik bila nak cari peluang perniagaan, badan kerajaan jugak yang dicari.
Dengan penuh nada sinis dia mencabar aku supaya terus memohon untuk berhenti sahaja, lebih senang tak menyusahkan sesiapa. Mungkin selama ni aku jarang menjawab maka dia ingat aku akan duduk diam ataupun merayu-rayu untuk terus berkerja.
Salah jangkaan...pucuk dicita ulam mendatang, aku yang memang lama berkira-kira nak berhenti menyahut seruan..jawapan ringkas aku ' dengan senang hati'. Surat perletakan jawatan dah lama aku karang cuma tak letak tarikh jer lagi. Ketua aku terus senyap...tapi selepas tu dia menyampaikan pesan melalui seorang rakan sekerja supaya aku pulangkan segala harta milik syarikat yang aku gunakan. Tindakan budak kecik...sedangkan aku ada jer lagi...bernyawa tak cacat dimana-mana sampaikan kena suruh orang lain buatkan kerja aku. Apa dia aku nak menangis-nangis ker...merayu-rayu kesal, ambik cuti setengah hari ker ataupun terus blah denga harta syarikat tu...(tak teringin pun).
Petang tu aku terus bagi segala harta benda yang dia mintak tu sendiri..tak terkata apa dia bila aku kata aku akan hantar surat letak jawatan aku esok. Seperti yang aku janjikan esok pagi-pagi aku hantar surat letak jawatan...tarikh 21 Ogos berkuatkuasa serta merta..aku nyatakan sekali segala harta benda syarikan yang telah aku pulangkan. Masa aku turun lif...aku terasa bebas sangat..tak sedikit pun rasa kesal..malah gembira. Aku mungkin masuk dalam senarai penganggur berijazah sekarang ni...tapi aku tak kisah.
Sekarang ni aku nak ambik cuti panjang..memikirkan hala tuju. Mencari minat aku yang sebenar-benarnya...
P/s: Petang tu satu lagi rakan sekerja aku yang lebih baru dari aku hantar mesej dia pun nak berhenti dalam minggu ni sebab dah tak tahan...ada jer sindiran yang dia kena dengar tiap-tiap hari..tak pernah dalam sehari pun dia betul...lama-lama memang boleh biul.
Kemahuanku akan membentuk masa depanku. Samada aku berjaya atau gagal mencapainya, tiada siapa yang patut dipersalahkan melainkan diri aku sendiri. Kuasa ditanganku. Aku perlu berusaha mengatasi apa jua halangan yang menantiku atau aku akan sesat dalam jalan yang berliku. Pilihan yang aku buat adalah tanggungjawabku sepenuhnya; menang atau kalah, berjaya atau tidak, benar atau salah; cuma aku yang mempunyai kunci untuk menentukan hala tuju hidupku.-Elaine Maxwell
Wednesday, August 23, 2006
0 comments:
Post a Comment