-->
Searching...
Friday, August 11, 2006
3:05 AM

Konvo

Hooray...
Setiap manusia dilahirkan sebagai seorang juara, kita tidak kalah walaupun berada di bawah tetapi kita kalah sekiranya kita tidak bangun semula-kata pujangga
Yeah..setelah bertahun-tahun bertungkus lumus (hehehe macamler kena berpanas terik disawah bendang) Ok ler memang tak banyak kena berpanas, kelas dalam bilik berhawa dingin, kelas pusing-pusing dalam radius yang tak ler jauh mana pun, makan cukup..tak der lar aku jadi kerempeng pun. Kecuali masa nak pegi clinical engineering (ini kena pusing-pusing hospital) dengan kelas kesihatan gigi dulu (dua-dua pun kena panjat bukit) .Memang lelah bila sampai. Ahh satu lagi masa aku duduk kat kolej ketiga..hari-hari jalan kaki dekat tiga kilometer. Itu ler masa-masa yang cukup memenatkan..tapi itu dari segi fizikal.

Dari sudut mental..hah lagi penat dan memenatkan...nak siapkan assignment, tutorial, laporan makmal dan yang paling menguji ketahanan mestilah masa nak periksa. Dalam masa dua minggu peperiksaan jangan ada yang tanya hari apa sebab yang pasti aku hanya ingat tarikh periksa jer, nak kira hari pun kena rujuk balik periksa aper masa tu. Memang haru...hari minggu ker hari biasa ker semua tak der beza...keje aku satu jer, ulang-alik fakulti, dewan periksa...habis jer minggu tu..aku tidur puas-puas. Pas tu mereng sebab tak tahu nak buat aper..otak terasa kosong jerk.

Nasib baik ler pensyarah semua baik-baik..kawan-kawan yang seronok dibuat teman. Masa masuk dulu terasa cam lamanya lagi nak habis..bila dah habis ni terasa nak rewind pulak masa-masa gembira tu. Tapi kenangan bukan untuk diulang...kalau dah boleh ulang-ulang dah hilang ler magik memori tu kan?

Tahniah kepada semua rakan-rakan yang telah berjaya menggenggam sugulung ijazah..

Dulu masa kat sekolah menengah ada seorang pakar motivasi bagi sticker yang berbunyi..'Universiti destinasiku' dia suruh leka kat atas meja..aku tak lekat pun..tapi sekarang lepas dah masuk dan keluar universiti..aku dah tak tahu mana pulak destinasi aku selepas ni.

Adakalanya kita perlu menangis agar kita tahu bahawa hidup ini bukan sekadar untuk ketawa dan adakalanya kita perlu ketawa agar kita tahu menilai mahalnya setitis air mata- mutiara kata

0 comments:

 
Back to top!