-->
Searching...
Friday, August 04, 2006
4:25 PM

Merdeka....ker kahwin..

Patriotism is a kind of religion; it is the egg from which wars are hatched- Guy de Maupassant

Sebut betul-betul nama mamat nie...Guy..sebutannya Gi

Sekarang dah masuk bulan Ogos...dalam sibuk2 budak2 UM nak grad aku terasa macam ader sesuatu yang kurang. Bulan lapan selalunya rakyat Malaysia sibuk nak sambut merdeka. Kerajaan akan sibuk buat kempen kibar bendera...dekat bucu akhbar akan ada satu ruang 'countdown' merdeka. Tapi tahun ni..senyap jer aku rasa. Dalam akhbar tak habis-habis cerita orang nak kahwin (aku rasa korang pun tahu saper). Bab -bab kahwin cerai artis nie aku tak berapa nak ikut. Kalau lagu sedap, persembahan bagus tak kira lar engkau saper, aku tetap respek...sebagai artis, dah itu kerjanya. Madonna yang lagi pelik tu pun aku minat gak lagu dier.

Berbalik kepada cerita asal, kita tolak tepi bab-bab andaman pengantin mahupun harga pelamin. Kenapa tahun nie tak nampak kempen-kempen jalur gemilang pun. Sementara kita tengah aman makmur ni lar kita nak menyambut merdeka. Menghargai nilai kebebasan negara kita. Kalau dah kacau bilau cam Lebanon tu baru ler agaknya diorang nak sedar mahalnya harga sebuah kebebasan negara tu.

Iklan-iklan merdeka pun tak muncul lagi di kaca TV...selalunya masa-masa macam nie ler iklan-iklan syarikat -syarikat gergasi yang memang menarik keluar di TV. Entah ler dunia ni kadang-kadang pelik. Benda-benda remeh tu ler yang diorang nak sibuk.

Kalau pergi rumah pengantin selagi tak nampak bilik pengantin..memang tak balik. Tak ker menyusahkan hidup jer. Orang panggil makan bukan suruh sibuk teliti langsir atau cadar yang sedondon. Kalau tak lawa..hmm dier balik menganyam ketupat pulak dengan jiran tetangga...'Ko tahu Joyah...langsir...pot pet pot pet..katil segala...'. Orang dah jemput pun syukur ler ..dapat makan percuma. Ni tidak ditambah pulak hal-hal tak perlu.

A nation is a society united by a delusion about its ancestry and by common hatred of its neighbours.-William Ralph Inge

0 comments:

 
Back to top!