-->
Searching...
Friday, December 29, 2006
11:21 PM

Salam Aidil Adha dan Tahun Baru

Sebelum ada sebarang gempa bumi melanda sekali lagi dan seterusnya meranapkan jaringan internet baik aku buat ucapan cepat-cepat. Selamat Aidil Adha dan Salam Tahun Baru. Mudah-mudahan pertambahan usia dan hikmah musim haji dapat menjadikan kita insan yang lebih berwibawa dan berjaya dunia akhirat.

Dah 2 hari internet jadik lembab... dan banyak lar pulak keje aku yang terbengkalai sebab tak leh nak meluncur dengan lajunya ..walaupun berjalur lebar.

Hari ni internet okay balik..walaupun ader gak kelembapannya.. tapi sekurang-kurangnya dah boleh 'upload' -..err kalau 'download' muat turun..kalau 'upload' aper errk? muat naik? Harap-harap talian akan dapat diperbaiki..janganlah bergegar lagi. Nanti berganda-ganda benda aku nak kena buat.

Bukannya aku berharap ada gempa bumi lagi ..tidak itu bukan maksudnya. Mudah-mudahan tak der lar. Takziah buat setiap orang yang kehilangan saudara, sahabat atau saper2 saja dalam kejadian 26 Dis hari tu. Tarikh 26 Dis tu dah jadik cam tarikh keramat kejadian tak diingini jerk..

Hari penat berulang-alik. Asal baru nak rehat ada kerja baru.. baru nak longgarkan sendi-sendi tangan dan kaki, ader lagi keje menanti. Tapi dek kerana keje ni motivasi tinggi.. tak kisah ler ulang alik berapa kali. Aku sanggup lagi. Lebih- lebih lagi bila kocek penuh berisi ..teringat lagu tema rancangan Donald Trump tu.. money! money! money!..yippee!!!

0 comments:

 
Back to top!