-->
Searching...
Tuesday, December 26, 2006
11:16 PM

Tahun baru lagi..


Kenapa kita menutup mata ketika kita tidur ? Kenapa kita menutup mata ketika kita menangis ? Kenapa kita menutup mata ketika kita membayangkan sesuatu ? Kenapa kita menutup mata ketika kita berciuman ? Kerana hal-hal yang terindah di dunia ini biasanya tidak terlihat - mutiara kata

Tua setahun lagi aku nampaknya.. apa yang aku ada setakat ini? Kereta?.. err tidak nampak bayangnya lagi, rumah sendiri?.. jauh sekali. Kekasih hati?... yang ini aku tak pernah serius memikirkannya lagi…keras hati. Yang lain-lain boleh aku tukar bila aku jemu.. tapi bab-bab hati ni bukan suka-suka boleh tukar macam tukar susunan lagu dalam iPod...’shuffle’ sesuka hati bila rasa muak dengan aturan lama.

Pernah seorang kawan memberitahu..perkahwinan pertama umpama pekerjaan pertama. Kenapa? Bodoh-bodoh alang aku bertanya.. aku pernah ada pekerjaan pertama dan aku akui aku memang main terjun jer...akhirnya akibat tak tahan aku letak jawatan... tapi pengalaman perkahwinan pertama tu memang tak der langsung...

Sebabnya ..ujar kawan aku yang seorang ni adalah .. seperti juga pekerjaan pertama ,perkahwinan pertama dibina atas dasar ‘ini adalah perkara yang perlu aku buat selepas ini’ Hah! Aku yang masih terasa bodoh terus merasa keliru…selepas apa?

Kita ingin bekerja selepas tamat pengajian kerana itu adalah kelaziman. Jarang kita dengar orang ingin bercuti panjang selepas bersusah payah belajar itu dan ini. Masyarakat juga menganggap selepas tamat pengajian ..kita seharusnya bekerja. Lumrah…dan selalunya kita terperangkap dalam pekerjaan pertama kerana itu bukan kerjaya impian tetapi pekerjaan atas dasar ‘aku perlu bekerja’

Jadi orang berkahwin atas dasar aku perlu berkahwin? Soalan aku untuk kesekian kali. Benar..aturan kelaziman selalunya begitu.. kita bekerja….dan selepas stabil perkara seterusnya yang perlu dibuat adalah berkahwin. Maka kita pun melalui proses yang sama..

Tetapi tidak seperti pekerjaan di mana kita boleh meletak jawatan bila jika sudah tidak sesuai..perkahwinan tak ada istilah letak jawatan. Tanggungjawab pula mungkin sudah bertambah..maka terus-terusan kita terperangkap dalam perkahwinan pertama itu. Ada yang keluar ..maka jadilah dia sebagai seorang perosak rumahtangga..penggegar Arashy.

Tidak semua begitu..mungkin hanya segelintir. Hujah ringkas aku yang kekurangan paksi untuk berdiri.

Memang tak ramai..tapi harus diakui kadar perceraian pasangan yang berkahwin kali pertama lebih tinggi berbanding yang berkahwin untuk kali kedua dan seterusnya..kan?
Aku hanya mengangguk kerana aku memang tak punya statistik jabatan agama yang hendak dipersembahkan untuk dijadikan bukti untuk membangkang. Mungkin benar apa yang diperkatakan …kadang-kadang kita terperangkap dalam situasi lumrah yang akhirnya merugikan kita sendiri.

Jadi kalau nak kahwin biar betul-betul pasti..ikhlas dengan sepenuh hati..dan bukannya sebab itu adalah perkara yang perlu dilakukan selepas ini.

Aper ler aku merepek bab kahwin malam-malam buta nie??

Lebih baik menunggu orang yang tepat. Karena hidup ini terlalu berharga dan terlalu singkat. Untuk dibuang dengan hanya " seseorang " atau untuk dibuang dengan orang yang tidak tepat - Mutiara Kata

0 comments:

 
Back to top!