-->
Searching...
Wednesday, July 04, 2007
11:55 PM

Haaaachummm

Tahan menderita kepahitan hidup sehingga penderitaan menjadi kekayaan adalah bahagia - Hamka

Kisah-kisah yang terkumpul sepanjang aku mendiamkan diri di sini (banyak benda nak kena siapkan jadi blog ni sedikit terabai). Tap aku masih menulis cuma tak diletakkan di sini. Sebab tarikh pun dah bercelaru dan banyak berita pun dah basi maka aku buat kompilasi. Bahasa Inggeris dan Melayu aku letak sekali. Dan memandangkan rumah aku sekarang ni dah pun berada dalam zon 'wireless internet network' maka mungkin tempat ni boleh dibersihkan dengan dengan lebih kerap..


3G syndrome.

Dad went to KL, so its just mom, the three little chipmunks and me. Mom decided not to go since its not school holidays or else I have to take care or the three like before and in order to keep the house clean and every little chores are done according the the 'guide from mom' handbook, I had bribe them.(yup..not the right way to make kids under 15 listen to you but since I'm not their mother and happens to be their big sister that is nice and seldom punish them my words is not an order to them). So I had to take them to movies buy some toys just to make sure no one hurt the other while I went to work and obligue every orders I gave them. Kids..pain in butt but cute.

KL banjir lagi...

Dah hampir dua bulan rasanya aku tak turun ke KL. Baca berita KL dilanda banjir lagi, terowong SMART yg berharga 1.43 billion tu nampaknya tak berapa bistari.Macam tak ada fungsi kecuali memungut tol RM2 yang dikutip hari-hari.Maka bisinglah pak-pak menteri cuba mencari solusi agar Kuala Lumpur tidak tenggelam buat kesekian kali.
Tapi hendak menyalahkan terowong SMART sahaja barangkali tidak begitu adil, walaupun sebelum ini diwar-warkan sebagai penyelesai segala masalah KL tenggelam dek air bah kerana bandar Berlin yang serba canggih di Jerman tu pun tenggelam jugak dek penangan hujan yang melimpah -ruah.

Daripada cuba menunding jari lebih baik rasanya manusia di kota itu cuba mendisiplinkan diri supaya tak berperangai macam kera yang suka buang sampah sana-sini. Buatlah longkang atau terowong sebesar Sungai Nil sekalipun kalau dah tersumbat kerana sampah-sarap tak guna jugak. Macam kes di Hospital Sultanah Aminah, bukan sebab tukang paip guna paip murah tapi kerana manusia yang menggunakan tandas itu berperangai murahan. Tidak gemar menyusahkan diri maka lubang tandas dijadikan solusi akhirnya menyusahkan orang ramai. Ramai orang bercerita tentang dosa dan pahala. Macam kes wanita botakkan kepala. Tapi apa pulak dosanya menyebabkan kesusahan pada orang lain?
UM yang ingin dibangunkan

Sepanjang minggu lepas antara berita yang menghiasa dada-dada akhbar adalah berita kampus UM di Lembah Pantai yang ingin dipindahkan ke Sepang agar tanah di tengah kota itu boleh dibangunkan menjadi projek hartanah jutaan ringgit.Sebagai bekas penuntut UM seperti ramai lagi alumni-alumni UM, aku membantah cadangan berprospek keuntungan ini. Bukan kerana aku merupakan warga UM suatu masa dulu tapi biarlah kampus universiti apa pun berdiri di situ ia tidak patut diganggu. Jika universiti tertua negara boleh diperkotak-katik sesuka hati, ingin dipindah ke sana -sini, mesej apa yang ingin disampaikan. Nilai tanah patut diberi keutamaan berbanding nilai sejarah dan keintelektualan institusi pengajian itu sendiri?. UM bukan penduduk setinggan Kampung Baru,boleh dipindah-pindah ke merata negeri kerana nilai tanah di Ampang itu amat tinggi maka harus mereka itu diketepi. (hatta kes ini pun aku tidak setuju). Penduduk Kg Baru ingin dipindah agar tanah-tanah di situ dapat dibangunkan menjadi kawasan hartanah bernilai tinggi dengan kondominium -kondominium jutaan ringgit berkolam renang setiap satu. Yang pasti bukan untuk penduduk-penduduk asal Kg Baru tetapi konglomerat-konglomerat yang punya duit untuk dilabur demi nama keselesaan.

Aku masih sedikit terkilan melihat cerita Pirates of the Carribean apabila Chow Yun Fatt melafaz dialog 'Welcome to Singapore' Sudahlah nama Temasik tidak dikenali lagi, lanun cina pula yang menyambut, seolah-olah tanah Temasik itu memang berupa Hong Kong sejak zaman Stamford Riffles lagi sedangkan askar Melayu yang menumpahkan darah mempertahankan Singapura dari dilanggar todak Jepun di zaman Perang Dunia Kedua.

Kisah hari ini. ...

Buat beberapa hari aku tertarik membaca kisah makcik Mariam yang dilarikan ke Korea di zaman perang Jepun dulu. Bila membaca kisah dia aku jadi kagum dengan semangat seorang wanita Melayu yang terpaksa hidup di tempat asing itu. Dia berjaya menyesuaikan diri tapi dia tetap rindu ingin kembali ke kampung halamannya. Dia masih ingat janji untuk membawa pulang biskut kepada anak bongsunya.(korea dulu banyak biskut ker?). Agak-agaknya kalau buat drama bersiri boleh lawan kisah Oshin tak? Tapi Oshin kisah seorang wanita yang tabah untuk terus membangunkan diri. Kisah makcik Mariam pulak lebih kepada kisah seorang wanita yang tabah menghadapi cabaran di tempat serba asing sejak zaman perang dulu. Kisah seorang ibu yang tak pernah lupa anak-anak dan janji serta kisah anak-anak yang tak pernah lupakan mak diorang walaupun sewaktu ditinggal mereka masih kecil.
Boleh dibuat iktibar untuk setan-setan yang tidak ada langsung rasa perikemanusiaan membuang bayi yang masih merah di mana ada peluang.

Jangan sekali-kali berputus-asa,tetapi jika anda berputus-asa teruslah bekerja dalam keadaan itu. -mutiara kata

2 comments:

muNm said...

leen, for a while i thought dah berkubur ke blog ni....hehe... rupanye buka edition pendek plak skrang. summarize je everything... huhu...

Leen said...

terpaksa ler summarize sebab masa terhad. Blog ni belum berkubur lagi.. baru 'hibernate' sekejap.

 
Back to top!