-->
Searching...
Saturday, March 18, 2006
11:32 AM

Halimunan


Hari ni aku terasa nak marah..tapi aku tak tahu pada siapa. Pagi-pagi aku bangun bersiap, bersenam turun tangga 12 tingkat, main kejar-kejar ngan pemandu bas...bila aku sampai ke kelas...seorang pun tak der. Rupa-rupanya kelas batal. Hampeh!! Aku nak marah kat siapa? Dekat E* A*** yang tiba-tiba batalkan kelas tengah malam tanpa notis ker...mama ajar aku bersangka baik pada semua orang..mungkin ada hal mustahak biarlah...

Dekat rakan-rakan, nak marah apa? Kenapa aku tertinggal monorail?...nak buat macam mana kadang-kadang aku memang halimunan...Sekadar ada untuk memeriahkan suasana ...radar informasi aku pun sekadar 'dial-up' dan bukan 'broadband'. Aku yang pilih kerana aku tak rasa aku punya kemahiran menjadi menyibukkan diri dengan hal-hal orang lain...aku tak mahu campur urusan orang, kerana bagi aku...aku amat ler tak layak nak memberi apa-apa sumbangan idea mengenai hal-hal peribadi kerana hal sendiri pun kekadang aku larikan diri..

Ada orang pernah memberitahu..bila kita rasa ingin marah cuba renungkan dulu, layakkah kita untuk memarahi tentang sesuatu yang memang diluar kawalan sendiri. Duduk sebentar dan cari resolusi...marah akan reda dan kita akan bahagia. Entah ler...sekarang nie aku rasa macam gambar kat atas tu jer

1 comments:

muNm said...

leen, sorry about the friday. both of us (me & liya) mati2 ingat dah antar msg at u. we try to send as many msg as we can. couldnt believe we left u n yon out. am very2 sorry....

 
Back to top!