-->
Searching...
Monday, January 22, 2007
12:32 AM

ABBA

Music expresses that which cannot be said and on which it is impossible to be silent. -Victor Hugo

Bila membaca tajuk diatas aku pasti ada yang terus kenal dan ader jugak yang sedikit kurang pasti. Ya tuan-tuan dan puan-puan ABBA merupakan sebuah syarikat mengetin ikan di negara Sweden. ....ini bukan lawak, perkataan ABBA itu memang nama kilang.

Tapi ABBA yang akan dikisahkan di sini merupakan sebuah kumpulan muzik yang amat ler terkenal di seanterio dunia sekitar tahun 70'an sehingga 80'an dan secara ironinya berasal dari Sweden...yer negara asal kilang mengetin ikan tadi.

Pasti ada yang tertanya kenapa pulak sebuah kumpulan muzik menamakan kumpulan mereka dengan nama kilang mengetin ikan. Diorang pun sebenarnya tak der niat nak menamakan kumpulan tu bersempena nama kilang yang tak ler 'famous' mana pun.

ABBA itu merupakan singkatan nama ahli-ahli kumpulan itu iaitu Agnetha, Björn, Benny and Anni-Frid. Mereka ini adalah personel-personel yang membentuk ABBA. Kumpulan ni dah terbentuk lebih kurang tahun 1972 tetapi nama ABBA itu hanya mula digunakan 1973 selepas pengurus kumpulan ni penat nak panggil nama diorang sorang-sorang. Maka dia pun buat lawak panggil diorang ni ABBA sempena nama kilang tin yang tak glamor kat Sweden tu. Tapi memandangkan kilang tu memang orang tak kenal di luar Sweden maka diorang pun terus la gunakan nama tu.

Ini album pertama diorang ...perhatikan nama ABBA tak digunakan lagi.

Pasti ada yang tertanya kenapa lagu bercerita tentang kumpulan ni. Dah ler zaman aku pun tak lahir lagi. Sebenarnya dalam banyak-banyak kumpulan muzik ada tiga kumpulan muzik yang lagu-lagunya aku rasa tak pernah jemu aku dengar. ABBA salah satunya, Boney M dan juga The Beatles.

Jenis lagu yang tak lapuk dek zaman. Salah satu sebab lagi adalah kerana aku membesar dengan dipengaruhi oleh muzik-muzik mereka, mama dengan papa memang minat diorang ni jadi sejak kecik aku dah kenal lagu-lagu dari ABBA. Papa siap ada buku kord gitar lagu-lagu ABBA lagi.

Banyak sebenarnya lagu-lagu hits diorang, secara peribadi aku minat lagu Super Trooper dan Winner Takes It All. mereka ni antara pelopor lagu-lagu guna 'syntisiser'..macam maner lar agaknya rupa syntisiser zaman dulu-dulu?

Nama ABBA mula melonjak selepas diorang menang Eurovision Song Contest tahun 1974 dengan lagu pasal perang 'Waterloo'. Tajuknya pun Waterloo. Dua orang personel lelaki tu sebenarnya orang kuat dalam penulisan lagu ABBA. Anggota kumpulan wanita pulak lebih pada vokal. Kalau dengar lagu diorang pun akan dengan suara perempuan. Banyak sebenarnya hit-hits ABBA ni..kalau nak senaraikan memang panjang. Tapi satu lagu yang aku pasti memang sinonim dengan kumpulan ni ialah lagu Dancing Queen. ...yer mari berdansa.

Itu jer la dulu pengenalan mengenai salah satu kumpulan kegemaran hampir seluruh ahli keluarga aku. Bila dengar lagu-lagu ABBA teringat zaman kecik-kecik. Lain kali aku tulis pasal Boney M dan Beatles pulak.

In music the passions enjoy themselves. -Friedrich Nietzsche

0 comments:

 
Back to top!