-->
Searching...
Friday, January 26, 2007
1:21 AM

Bali Lounge

Dua hari ke Kuala Lumpur sebab dipanggil untuk temuduga akreditasi EAC...dan Washington Accord...biler dapat surat cam gempak jer..alih-alih tak der lar menakutkan sangat. Boleh tahan 'cool' jugak orang-orang EAC. Tapi kalau dier mengamuk kat belakang kitorang pun bukannyer aku tahu...hehehe . Tapi harap-harap dapat ler akreditasi tu...berangan ler nak kerja luar Malaysia..nak betulkan 'board' pun terkapai-kapai..;-P.

Dah lebih kurang 6 bulan aku tinggalkan KL walaupun ader la beberapa kali aku pergi KL dalam jangka masa tu..mesyuarat ler..cuti-cuti Malaysia la..tapi bila duduk kat tengah-tengah bandar..tempat aku berulang-alik hampir setiap hari selama 4 tahun..baru aku perasan. Selain daripada sahabat-sahabat...aku tak terasa rindu pun dengan suasana KL...Kuala Lumpur yang aku kenal masih macam dulu..kalut, serabut..sesak lagi menyesakkan.

Maaf ler orang KL kalau terasa..mungkin dah biasa dengan suasana begitu kerana korang dibesarkan di sana sejak kecil sehingga dewasa , tapi bagi aku walaupun empat tahun aku menghabiskan masa mencari ilmu di situ aku masih tak mampu menyukai Kuala Lumpur....walau diletak KLCC, KL Tower, Eyes On Malaysia..pusat membeli belah yang terbesar..aku masih tak mampu jatuh cinta dengan kota metropolitan yang bernama Kuala Lumpur itu.

Setiap orang punya cita rasa berbeza...berbeza tak bererti menentang...perbezaan itu indah...bak kata pujangga.

Ok ler..minggu ni terasa nak tukar lagu..lagu dari kumpulan Bali Louge. Mereka merupakan kumpulan yang dibentuk khas terdiri daripada para pemuzik profesional dari seluruh negara tatapi muzik mereka banyak dipengaruhi unsur entik Indonesia. Tidak menghairankan kerana pengasas kumpulan ini pun dari Indonesia. Seorang pegawai bank yang juga seorang pianis profesional. Saper kata orang keje bank tak der hobi lain selain mengira duit orang..hehehe.

Lagu-lagu diorang ni sesuai didengar bila terasa tension..nak tenangkan diri atau masa sedang bercuti di tepi pantai...

Lagunya Angels of the Island .. lagu yang diinspirasikan daripada kejadian tsunami yang melanda Acheh.

0 comments:

 
Back to top!