-->
Searching...
Monday, January 15, 2007
7:23 PM

Bila angin taufan melanda..

Tidak..entri ini bukan untuk mengulas kejadian banjir besar di Johor yang melanda buat kali kedua dengan jumlah mangsa yang bertambah berganda-ganda. Walaupun entrinya bertajuk demikian rupa jangan terpedaya. Ini entri luahan rasa..rasa sakit hati, marah, geram, meluat dan menyampah. Ditambah rasa sakit kepala yang tak hilang-hilang yang membuatkan aku bagai nak rebah.

Aku menyampah kat kanak-kanak pemintak sedekah yang saban hari berkunjung ke rumah macam rumah aku ni rumah kebajikan. Aku tak kisah kalau orang tu memang jenis susah macam kat kampung-kampung di ulu-ulu pekan yang kais pagi makan pagi kais petang makan petang .. tak kais tak makan. Aku tak kisah malah aku akan kesian.

Golongan yang aku menyampah sangat sampai terasa nak menyumpah seranah ni adalah golongan peminta sedekah sindiket kanak-kanak Myanmar, Burma dan seangkatan dengannya. Aku tahu ada manusia yang rasa keperimanusiaannya lebih kecil dari ular sawa kelaparan.
Aku nak tahu siapakah dalang tak berhati perut yang tak jemu-jemu memberi direktori rumah aku kepada kanak-kanak ni dan terus-terusan berbuat demikian.

Sekali aku boleh ler tersenyum melayan, kali kedua muncul lagi kanak-kanak yang sama, dengan muka sememeh dan comot selamba badak masuk kawasan rumah aku. Yang membangkitkan rasa meluat aku ialah betapa tak malunya peminta sedekah ni...sekonyong-konyongnya diorang meredah masuk rumah orang hingga ke kawasan taman belakang semata-mata nak cari orang nak minta sedekah. Dan selepas tu dah beberapa kali orang yang sama muncul dengan muka separuh kesian tu muncul meminta habuan.

Hari ni muncul lagi...aku tak kisah nak bagi seringgit dua tapi kalau orang memberi sekurang-kurangnya cakap ler terima kasih..Ini tidak dah ler meredah pagar ....muncul pulak di tingkap rumah...dan bila diberi duit, terus ambik dan blah dengan muka berlagak dan tak bersalah. Aku rasa nak tarik balik budak tu dan bagi pelempang. Biar padan muka kau!

0 comments:

 
Back to top!