-->
Searching...
Monday, October 09, 2006
11:53 PM

Alam Flora

Dalam banyak-banyak kerja kat dunia nie yang pernah aku tengok...aku paling respek kat pekeja ‘alam flora’. Kalau kat tempat lain panggil lain ler..Kat Pulau Pinang dier panggil MPPP – Majlis Perbandaran Pulau Pinang atau MPSP - Majlis Pebandaran Seberang Perai

Raking Leaves Kat rumah aku hampir setiap hari aku akan melihat seorang makcik India nie menyapu sampah-sarap yang penuh kat tepi jalan masa aku tengah tunggu basnak pegi kelas. Makcik nie dah tua...mungkin tak setua yang aku sangka tp sebab kerja dan hidup dier yang mungkin susah (aku kata mungkin sebab maner lar tahu makcik nie ader harta berkoyan-koyan tapi sajer tak nak tunjuk..hehehe)..dier kelihatan mcm dah tua sangat. Dah bongkok pun. Tapi aku respek kat dia yang bersungguh-sungguh menyapu tepi-tepi jalan kat ‘area’ rumah aku nie sampai bersih.

Kerja diorang nie mungkin nampak selekeh, kotor dan amat ler tak ‘standard’ di mata orang lain sebab hari-hari kerjanya menyapu sampah, angkat sampah dan aper-aper lain lah yang berkaitan kebersihan. Dan kebanyakan diorang pun tak der lulusan yang tinggi-tinggi cam sesetengah orang.

Tapi kita tak sedar sebenarnya tanpa mereka nie keadaan sekeliling kita akan jadi amat ler tidak selesa. Banyak jasa diorang memastikan kita boleh berjalan di tempat yang cantik dan bersih. Sejuk mata memandang..dan menghirup udara segar tanpa bau-bauan yang menyesakkan nafas.

Walaupun diorang tak belajar tinggi-tinggi tapi diorang menolong menjaga alam...tak seperti sesetengah orang lain yang mungkin belajar sampai universiti tapi nak guna tong sampai tak reti.

Aku menulis berdasarkan permerhatian aku...rakyat Malayisa kebanyakkannya memang amat pemalas nak cari tong sampah walaupun ia terletak tak sampai 5 inci dari tempat diorang berdiri. Suka hati jer campak kat mana-mana

Pernah sekali masa aku tengah berjalan kat bawah rumah aku tiba-tiba satu botol kosong melayang dari atas...2 inci lagi kena kepala aku...langut jugak aku keatas tapi tak nampak pulak monyet maner yang campak...Dasar perangai monyet..main campak-campak. Bukannyer susah sangat nak buang sampah tu betul-betul. Mad

Pernah sekali- dua aku tengok orang buang sampah ikut tingkap kereta yang tengah berjalan. Tengok kereta..mewah, perhati orang-orang kat dalam... lawa-lawa...tapi sayang perangai... hodoh. Disappointed 2

Kalau tak der Alam Flora dan mereka yang seangkatan dengannya, macam mana ler agaknya negara kita?

0 comments:

 
Back to top!