Sumber: Harian Metro
Helah nak jual rumah ibu bapa
SEREMBAN: Hanya kerana mahu menjual rumah teres setingkat membuatkan enam anak yang berjaya dalam hidup tergamak menghantar ibu bapa mereka yang uzur dan berkerusi roda ke Rumah Seri Kenangan di sini, tiga hari sebelum Aidilfitri lalu.
Tujuan enam beradik melakukan perbuatan disifatkan tidak mengenang budi itu didedahkan Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Sikamat, Datuk Md Yusop Harmain Shah selepas dimaklumkan pasangan suami isteri itu. “Punca sebenar mereka menghantar kedua-dua ibu bapa ketika umat Islam sedang sibuk membuat persiapan Aidilfitri adalah untuk memudahkan mereka menjual rumah itu yang selama ini didiami pasangan itu.
“Mereka lebih mementingkan wang daripada membalas kasih sayang ibu bapa yang membesarkan mereka sehingga berjaya,” katanya ketika dihubungi.Lebih menyedihkan, keenam-enam beradik itu langsung tidak menjenguk ibu bapa mereka yang dihantar ke rumah orang tua berkenaan sejak 19 Oktober lalu.Harian Metro pada 23 Oktober lalu melaporkan nasib malang yang menimpa pasangan suami isteri berusia sekitar 80-an itu selepas dihantar ke rumah orang tua oleh keenam-enam anak mereka yang enggan menjaga kedua-duanya disebabkan keuzuran kerana dianggap membebankan.
Lebih memilukan, keenam-enam mereka yang berusia antara 30 hingga 50 tahun itu dalam golongan ‘berada’ kerana memegang jawatan tinggi di beberapa syarikat ternama malah seorang lulusan luar negara.Menurut Yusop, tindakan keenam-enam anak menjual rumah yang selama ini diduduki ibu bapa mereka adalah perbuatan zalim dan tidak berperikemanusiaan.Bagaimanapun, katanya, bukan bermakna rumah itu tidak boleh dijual, tetapi mereka sepatutnya menyediakan satu penempatan yang lebih selesa berbanding melepaskan tanggungjawab begitu saja.
“Mereka ramai, apa salah jika sama-sama sepakat membela ibu bapa yang sedang uzur. Atau setidak-tidaknya masing-masing keluarkan sedikit wang untuk mengupah pembantu rumah,” katanya.Beliau yang kecewa dengan kejadian itu berkata masalah anak tidak mengenang budi seumpama itu amat menakutkan jika tidak dibendung.
P/S: Kejam sungguh anak-anak pasangan ni..agak-agaknya aper perasaan diorang ni bila tengok iklan Petronas sempena hari raya? Masing-masing kaya tapi masih lagi nak menghabiskan harta mak bapak diorang..
Tuesday, October 31, 2006
0 comments:
Post a Comment