
Orang yang bijak tak semestinya pandai dan orang yang pandai tak semestinya bijak...Didalam peperiksaan budak yang dapat ‘straight’ A tak bererti dia bijak tapi dia berjaya sebab dia pandai menjawab soalan ‘exam’. Macam kaki tipu..jarang kita dengar orang panggil orang yg suka menipu nie ‘bijak’ menipu tapi orang selalu kata orang tu ‘pandai’ menipu.
Macam jugak peribahasa Melayu ‘Sepandai pandai- tupai melompat, akhirnya jatuh ke tanah juga’ Apesal orang dulu-dulu tak guna ‘sebijak-bijak’ tupai melompat?


orang yg sijil SPMnya tak der A berjela..ade yg takat Saja Ambik Periksa (SAP). Tapi mereka nie semua berjaya..ada tu yg dah jadi hartawan mampu memberi perkerjaan kat orang lain lagi. Sebab utama ialah kerana mereka BIJAK mengatur masa depan.
Mak-mak kita atau nenek kita dulu ader yang tak lulus pun LCE ker MCE ler tapi diorang bijak mengendalikan rumahtangga dapat memelihara keluarga bahagia dan membesarkan anak-anak tanpa sebarang masalah sehingga semuanya berjaya. Adakah mereka nie bodoh sebab tak der sijil berbuku-buku?
Kadang-kadang aku jumpa orang yang mendabik dada cakap dia pandai dan orang lain bodoh hanya sebab dia lulus SPM dgn cemerlang sekali dan boleh masuk universiti. Bagi aku orang nie lah yang sebenarnya bodoh sebab dia telah merendahkan martabat orang lain. Iblis kena tendang dari syurga pun sebab bagi alasan cam nie...dia rasa dia lagi ‘terror’ dari Nabi Adam A.S.
Orang yang bijak mampu berjaya kerana dia pandai mengatur hidupnya...orang pandai akan mampu berjaya kalau dia bijak merencana hidupnya...
Tak kisah ler bijak ker pandai ker., semua boleh cemerlang asal jangan ‘pandai-pandai’.
0 comments:
Post a Comment