

1. Bazar Ramadhan bercambah-cambah mengalahkan cendawan selepas hujan. Walaupun panas terik lagi berjerebu .I tak kisah you....bazar Ramadhan tetap penuh dengan tetamu. Bagus dari satu segi kerana memberi peluang kepada usahawan-usahawan baru dan lama menambah rezeki...masa-masa dekat raya ni poket selalunya jadik nipis...lagi nipis dari roti canai si mamak penipu dekat rumah aku ni..Tapi yang tak berapa betulnya....makanan yang tak berseri ditambah pulak rasa tak sedap tak terperi. Beli tepung pelita rasa macam tepung gandum ditambah gula. Nasi kerabu dah jadi nasi sayur tauge bersama daging lembu..
2. Mengikut hukum matematik...kadar kehadiran jemaah ke masjid bersembahyang terawih adalah berkadar songsang dengan jumlah hari puasa. 10 malam terakhir bermaksud....langsir perlu diganti, dodol tak kacau lagi..perhiasan rumah perlu rapi..bukan duduk ditikar sembahyang berwitir dan berdoa untuk kesejahteraan diri..

4. Siapa kata orang Melayu tak pandai ilmu sains??. Buktinya belum pun setengah Ramadhan dah ader yang melecur badan putus tangan dek kepandaian mereka membuat bahan letupan. Bagus sebenarnya budak-budak ni..mereka belajar mengaplikasi ilmu teori ke kehidupan sehari-hari....hipothesis mereka cuma salah seinci..kalau meletup..padan muka lu lar sendiri..
Perkataan yang lemah-lembut itu dapat melembutkan hati yang lebih keras daripada batu dan perkataan yang kasar akan mengasarkan hati yang lebih halus dari sutera- mutiara kata
0 comments:
Post a Comment